Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Klik! Sebagai tanda SOKONGAN!

Jobdirumah

Showing posts with label Ceramah/Kuliah. Show all posts
Showing posts with label Ceramah/Kuliah. Show all posts

17 September 2014

Mencari Pahala Kemuncak Dalam Solat - Waktu Paling Afdal Untuk Bangun Ketika Iqamah

Assalamualaikum w.b.t. - Bismillahirahmanirahim - Ustaz Jafri Abu Bakar

Jika kita hendak membuat sesuatu ibadah, carilah waktu yang paling afdal. Tetapi adakah ibadah kita sah jika kita tidak melakukan perkara-perkara afdal ini? Jawapannya, ibadah tetap sah, cuma kita yang akan rugi, kerana tidak mendapat pahala kemuncak dalam melakukan sesuatu ibadah.

Contoh paling mudah ialah ketika melakukan solat. Persoalannya, waktu bilakah paling afdal untuk kita bangkit ketika bilal sedang iqamah? Terdapat 8 lafaz di dalam iqamah. Jom baca sama-sama;

Daripada 8 lafaz ini, waktu bilakah paling afdal untuk kita bangkit? Iaitu waktu yang pahalanya paling banyak. Jawapannya ialah, ketika mana bilal melafazkan "Qad Qamatis Salah" iaitu lafaz yang ke-6.

Ironinya, apa yang berlaku pada zaman sekarang ialah, ketika bilal melakukan iqamah, masih ada lagi jemaah yang sedang bersantai-santai, berborak-borak, dan bersandar di dinding-dinding, seperti mengendahkan seruan solat itu. Rata-rata mereka lebih suka menunggu Imam yang tampil dahulu, baru mereka bisa mengangkat punggung mereka. Mujurlah ada larangan menghisap rokok di masjid, kalau tidak? Fikirlah sendiri. Mungkin ketika Imam sedang tahiyat akhir, barulah kita terhegeh-hegeh nak mengangkat takbir. Bangkit waktu bila pun tuan-tuan, kita tetap melakukan rakaat yang sama, cuma apa yang membezakan ialah pahala kemuncak yang diperolehi ketika menunaikan solat itu.

Luruskan saf, rapatkan saf


Kemudian apabila makmum sudah berada di dalam saf mereka, barulah Imam akan tampil keluar untuk mengimamkan solat jemaah itu. Kemudian Imam akan menegur sekiranya saf itu tidak kemas atau lain-lain perkara. Imam ini diibaratkan sebagai "Perdana Menteri" di dalam masjid. Jadi kita sebagai makmum perlulah hadir dulu, berbaris di saf, kemudian barulah Imam akan melakukan tugasnya.

Begitulah juga situasinya ketika ceramah Perdana Menteri. Adakah Perdana Menteri itu berucap dulu setengah jam, kemudian baru rakyat berpusu-pusu nak masuk dewan, atau rakyat itu sendiri tunggu lebih awal, sebelum majlis itu bermula? Fikir-fikirkanlah. 

Apa yang cuba saya ulaskan dalam artikel kali ini ialah tentang perkara-perkara yang paling afdal dalam solat, yang kita tidak boleh sia-siakan. Seperti Ustaz Jafri sebut, solat itu tetap sah. Tetapi kita sendiri yang akan rugi kerana tidak mendapat pahala kemuncak itu. Ini baru bab Iqamah. Belum masuk lagi perkara yang lain. Wallahualam.


Subhanallah. Indahnya solat berjemaah


Sekian dahulu dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit, Untuk Saham Akhirat!

25 August 2014

Eksklusif ! Bila Izrail Datang Memanggil

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


 بسم الله الرحمن الرحيم 



Keadaan Apabila Sakaratul Maut - Ustaz Wadi Annuar

Rasulullah s.a.w bersabda; "Sesungguhnya seorang mukmin itu, apabila dia meninggalkan dunia, dan dia kembali kepada akhirat, maka turun kepadanya para Malaikat, muka-muka mereka putih bersih, seakan-akan wajah-wajah mereka matahari."

Maksudnya : Ketika seseorang mengalami sakaratul maut itu, maka banyak Malaikat yang akan turun kepadanya yang diketuai oleh Malaikat Maut. Jadi siapa yang akan melihat malaikat-malaikat ini ketika itu? Mereka yang hanya nampak ialah orang yang sedang nazak dan orang yang meninggal dunia itu, walaupun jasad mereka masih lagi di rumah ataupun di masjid.

Sabda Rasulullah s.a.w; "Akan turun malaikat dengan muka yang berseri-seri (jika roh itu baik). Malaikat yang datang dengan wajah yang berseri-seri itu datang membawa kafan dari syurga yang berwangi-wangian, dan bau wangian daripada Syurga. Seluruh makhluk akan baunya kecuali JIn dan Manusia." 

Orang yang sedang nazak itu, yang sedang terdampar di atas katil itu, akan melihat dari jauh malaikat sedang bersusun-susun datang kepadanya, yang mana kesemuanya dengan wajah yang berseri-seri seperti matahari yang sedang bersinar.

Kemudian Malaikat Maut datang kepadanya, dan duduk berhampiran di kepalanya. Lalu Malaikat Maut akan berkata kepada orang yang sedang nazak itu yang mana pada ketika itu kita yang hidup ini (saudara-mara) sedang mengelilingi si nazak itu, membacakan Yaasin. Jika seandainya kita nampak malaikat ketika itu, nescaya kita akan memberikan ruang kepada para-para malaikat sepertimana banyak hadis, yang mana Nabi pernah solat sehingga terpaksa menjengketkan kaki kerana ingin memberi ruang kepada para malaikat yang terlalu ramai. Ketika itu Nabi sedang solat jenazah kepada sahabatnya, merangkap jurutulisnya, iaitu Abu Hanzalah bin Ar Rabie.

Jadi apa yang Malaikat Maut katakan kepada si nazak itu? Kata Malaikat Maut; "Wahai ruh yang mulia. Keluarlah kamu daripada tubuh badan ini kepada pengampunan Allah dan redhaNya". Maka setelah itu, roh itu pun keluar daripada tubuhnya sepertimana air keluar daripada jug @ teko (jika roh soleh). Kemudian Malaikat Maut mengambil ruh itu dan meletakkan di tangannya, maka diserahkan pula ruh itu kepada Malaikat Rahmat untuk dibawakan roh itu ke langit.

Adakah ingatan kita ketika itu (selepas mati) masih yang sama? Atau adakah kita terus menjadi lupa tentang kehidupan ktia yang dulu, keluarga kita, malah nama kita sendiri? Jawapannya, TIDAK. Saidina Umar pernah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w; "Wahai Muhammad, semasa Malaikat datang, kemudian menarik nyawaku, kemudian membawaku ke atas langit, adakah aku tahu aku ini Umar". Kemudian Nabi Muhammad s.a.w menjawab; "Seperti kamu yang sekarang". Maksudnya, maklumat yang ada di dalam otak/akal kita nanti seperti kita yang sekarang. Tidak berubah. Subhanallah

Maka roh itu akan dibawa oleh sepasukan Malaikat Rahmat menuju ke langit pertama. Akan tetapi, pintu langit itu tertutup sama seperti sewaktu peristiwa Isra' Mikraj. Lalu Malaikat Rahmat memohon izin supaya pintu langit itu dibuka kerana bersama-samanya ada satu ruh. Maka dibuka pintu langit itu, lalu seluruh penghuni langit bertanya kepada Malaikat Rahmat; "Roh siapa ini yang wangi dan baik sangat ini?" (jika roh yang soleh). Lalu Malaikat Rahmat menjawab; "Roh Fulan bin Fulan", iaitu Malaikat Rahmat akan memanggil nama roh itu, dengan nama atau panggilan yang paling dia sukai sewaktu berada di dunia dahulu. Jika sewaktu di dunia dahulu dia suka dengan gelaran atau paggilan Dato'/Tan Sri atau sebagainya, maka dengan nama itulah yang malaikat akan seru kepada kita. Ataupun apa saja nama yang dia akan seronok bila orang memanggilnya. Maka dengan nama itulah dia dipanggil.


Begitulah juga seperti di langit kedua sehingga langit ketujuh. Setiap pintu langit itu tertutup dan Malaikat Rahmat akan memohon izin supaya dibuka. Lalu seluruh penghuni di setiap langit itu akan bertanya soalan yang sama dari langit pertama sampai langit ketujuh. Kemudian ruh itu dibawa mengadap Allah. Kemudian berkata Allah; "Tuliskan buku hambaku pada satu tempat yang bernama I'lliyyin". I'lliyyin ini adalah satu tempat untuk orang-orang yang soleh. Sijjin pula adalah satu tempat untuk orang-orang yang tidak soleh.


Kemudian Allah berkata lagi; "Kembalikan roh ini ke Bumi". Lalu roh itu akan dikembalikan semula ke Bumi kerana pada ketika ini, saat ini belum ada lagi manusia yang mendapat rahmat dari syurga mahupun yang mendapat azab dari neraka. "Habis tu roh para nabi, wali tu?" Mereka juga tidak berada lagi di syurga, bahkan roh Abu Jahal, Abu Lahab juga masih belum berada di neraka. Masing-masing sedang menikmati sama ada nikmat ataupun seksaan di alam barzakh. Subhanallah. 


Kemudian roh itu tadi dikembalikan semula kepada jasadnya. Kerana daripada Bumi-lah kita diciptakan, kemudian kepadanya juga Allah kembalikan kita (kubur), kemudian daripadanya jugalah Allah membangkitkan kita kembali. Selepas roh kembali kepada jasad, ketika itu jasad sudah berada di dalam kubur.


Begitulah serba sedikit tentang perkara-perkara yang akan berlaku ketika sakaratul maut nanti. Semua orang pasti akan mengalaminya. Cuma apa yang berbeza ialah bagaimana kita akan dilayan atau disambut nanti oleh malaikat-malaikat yang banyak bilangannya ketika itu. Jika kita tidak soleh dan tidak beriman kepada Allah, pasti kita akan mendapat azab yang sangat pedih ketika sakaratul maut itu. Nauzubilillahiminzalik (Moga dijauhkan Allah oleh perkara itu).  






السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


20 August 2014

Eksklusif ! Hari Pertama Kita Di Syurga

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


 بسم الله الرحمن الرحيم 



Keadaan pada Hari Pertama di Syurga Allah nanti -  Ustaz Jafri Abu Bakar

  • Lawan kepada neraka adalah syurga. Jika hendak diceritakan tentang betapa nikmatnya di syurga ini, iaitu sebaik sahaja kita melangkah kaki ke syurga Allah, bermula pada saat itu, detik itu, nikmat TIDAK akan pernah berkurang, bahkan nikmat menjadi semakin bertambah dan terus bertambah. Dan apabila beradanya di dalam syurga, tidak akan ada satu hari pun yang kita akan berkata "Seronoknya hari ini, tetapi kelmarin lagi seronok". Begitulah sifat syurga yang mana semakin hari menjadi semakin nikmat. Allahuakbar! Subhanallah..

  • Menurut riwayat, pada hari pertama sebelum masuknya kita ke dalam syurga Allah, iaitu hari pertemuan pertama kita dengan Allah, kita telah pun bersiap sedia berhimpun di hadapan pintu Syurga Khuldi (menurut ulama). Pada ketika itu, yang memimpin kita, ialah Malaikat Jibril a.s. Di hadapan pintu syurga itu, malaikat-malaikat penjaga pintu syurga sudah pun menunggu, lalu bertanya kepada Jibril siapakah yang dibawanya itu. Lalu Malaikat Jibril a.s menjawab "Aku membawa tetamu-tetamu Allah". 

  • Kemudian, masuklah kita ke dalam syurga Allah, dan pada saat itu, nikmat kita tidak akan pernah berkurang. Lalu, terpegunlah kita dengan keindahan dan kecantikan yang tersedia ada di dalam syurga itu, pohon-pohonnya, sungai yang mengalirnya, yang tidak pernah kita bayangkan selama ini. Sungguh cantik! Subhanallah! Keindahan yang melebihi segala keindahan di dunia ini! Setelah itu, kita semua akan dibawa naik satu kenderaan. Semua orang akan dibawa masuk ke dalam kenderaan itu dan ia bergerak, seperti "tour". Di sepanjang perjalanan itu, pohon-pohon bergerak memberi laluan kepada kita. Sungguh indah! Lalu di kiri dan kanan kita pula tersergam indah mahligai-mahligai yang sangat cantik yang mana sudah siap tertulis nama-nama kita di hadapannya. Subhanallah!

  • Kemudian, tiba kita di suatu tempat hamparan permaidani yang cukup indah dari syurga. Lalu kita didatangi pula oleh pelayan-pelayan syurga yang membawakan kita baju-baju yang sungguh indah dari syurga, mahkota, dan cincin-cincin cantik yang tertera Asma ul Husna. Dan apabila kita mendongak ke atas langit, kelihatan seekor burung yang sangat-sangat cantik, yang tidak pernah kita tengok sewaktu hidup di dunia. Burung itu mengibar-ngibarkan sayapnya di udara, lalu dari celah-celah sayap itu, turunlah wangi-wangian yang jatuh terkena pada baju kita semua. Setelah itu, kita dihidangkan pula dengan makanan yang mana, lagi kita makan lagi bertambah sedap yang tidak pernah berkurang nikmatnya. Allahuakbar!

  • Kita terus menanti-nanti nikmat yang akan datang pada ketika itu. Lalu dibawakan satu mimbar daripada Nur. Ketika itu kita tertanya-tanya nikmat apakah yang akan muncul selepas ini. Lalu Malaikat Jibril menjemput Nabi Daud a.s untuk naik ke atas mimbar itu. Untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup kita, semenjak kita dilahirkan sampailah kita meninggal dunia, ketika itu dapatlah kita melihat Nabi Daud a.s. Kemudian kita mendengar Nabi Daud a.s membaca Kitab Zabur. Nabi Daud a.s ini, Allah telah memberikan keistimewaan kepadanya, iaitu memiliki suara yang sungguh merdu! Subhanallah. Bayangkan betapa terpesonanya kita pada ketika itu, mendengar setiap bacaan yang dibaca oleh Nabi Daud a.s. Subhanallah.

  • Kemudian, setelah selesai membaca kitabnya, Nabi Daud a.s turun dari mimbar itu, lalu Malaikat Jibril menjemput pula Nabi Musa a.s untuk naik ke atas mimbar. Subhanallah! Pertama kali kita mendengar kitab Taurat dibacakan. Tambahan pula, ia dibaca oleh Nabi Musa a.s sendiri. Allahuakbar. Kemudian setelah selesai membaca kitabnya, Nabi Musa a.s turun dari mimbar, lalu dijemput pula oleh Malaikat Jibril, Nabi Isa a.s untuk naik ke atas mimbar. Pertama kali dalam sejarah hidup kita, kitab Injil dibacakan.

  • Kemudian, turunnya Nabi Isa a.s dari mimbar itu, maka naiklah pula kekasih hati kita, orang yang sangat kita cintai, orang yang sangat kita rindu ! Nabi Muhammad s.a.w! Nabi Muhammad s.a.w naik ke atas mimbar itu dan membacakan kepada kita kitab Al-Quran dari awal sampai habis. Subhanallah. Kemudian setelah selesai membacakan kitab Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w turun dari mimbar itu.

  • Pada ketika itu, kita tertunggu-tunggu apa lagi nikmat yang Allah ingin beri kerana kita berasa sungguh seronok dan sangat teruja.Tiba-tiba kedengaran satu suara daripada langit. Suara yang begitu merdu! Suara yang begitu indah! yang kita semua tahu itu adalah suara Allah S.W.T. Allah berkata, "Wahai hamba-hambaku sekalian, kamu mahu apa lagi hari ini?" Kita menjawab, "Tiada apa lagi yang kami mahu kecuali redhamu, Ya Allah. Redhalah kami Ya Allah". Allah berkata, "Wahai hamba-hambaku, aku redha kamu. Hari ini aku ingin memberi nikmat yang lebih besar dan lebih hebat daripada nikmat-nikmat yang kamu dapat ini". Subhanallah. Kemudian terbukalah hijab di langit, keluarlah wangi-wangian yang begitu indah, yang tidak dapat kita dibayangkan. Kemudian terbukalah hijab yang kedua pula, Subhanallah, pertama kali dalam sejarah hidup kita, pada ketika itu kita lihat wajah Allah S.W.T. sehingga kita lupa akan segala nikmat yang pernah kita dapat sebelum itu. Subhanallah! Allahuakbar! Mahukah kita berada di dalam jemaah itu nanti?

Gambar sekadar hiasan


SUBHANALLAH     ALHAMDULILLAH     ALLAHUAKBAR  

  • Harapan saya agar pihak pembaca dapat menyebarkan info/maklumat yang ada di dalam blog ini kepada rakan yang lain. Sama-samalah kita berdakwah. Insyaallah.
  • Sekian dahulu dari saya. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk datang dari saya. Kita akhiri pembacaan ini dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.

SUBHAANAKALLAH HUMMA WABIHAMDIKA ASYHADUANLAILAHAILLA ANTA ASTAGHFIRUKA WAATUBUILAIK.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
(1) وَالعَصرِِ
(2) إِنَّ الإِنسٰنَ لَفى خُسرٍ
     (3) إِلَّا الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَتَواصَوا بِالحَقِّ وَتَواصَوا بِالصَّبرِ


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


18 August 2014

Ahli Neraka Suka Api Di Dunia

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


 بسم الله الرحمن الرحيم 


Mengapa Ahli Neraka Suka Api Di Dunia? - Ustaz Jafri Abu Bakar


  • KIta ini tiada pilihan lain, melainkan kena masuk syurga. MESTI masuk syurga! Kenapa mesti masuk syurga? Kerana kalau kita tidak masuk syurga, kemana lagi kita akan masuk melainkan neraka. Nauzubillahiminzalik (moga dijauhkan dari Allah oleh perkara tersebut). Neraka bukan sehari. "Takpalah, kita orang Islam, nanti hujung-hujung masuk syurga jugak". Bukan setahun, dua tahun dik, 20 tahun, atau 30 tahun, sehari pun kita takkan dapat tahan. Bahkan sekejap pun kita tak tahan di neraka. Allahuakbar!


  • Ulamak ada bercerita, seseorang yang hidupnya di dunia yang dulu dia nikmat, sentiasa seronok, ada segala-galanya sepanjang hidupnya, malah tak pernah rasa susah sekali pun, apabila diambil dia sekejap, dan dicelup sekejap dalam neraka. Celup sahaja! Maka celup yang sekejap dalam neraka itu menyebabkan dia LUPA! Lupa segala nikmat yang pernah dia ada sepanjang hidupnya di dunia. Ini adalah disebabkan oleh betapa seksanya azab api neraka itu. Allahuakbar!


  • Seksa yang paling ringan dalam neraka, yang orang akan rasa apabila duduk dalam neraka, ialah tapak kaki mereka diletakkan batu dari api neraka sehingga otaknya menggelegak. Jangan pula kita fikir, otak saja yang menggelegak tapi tubuh badan masih elok. Tidak! Kalau kaki itu sudah terkena api neraka sehingga menyebabkan otak menggelegak, bayangkan apa pula akan terjadi pada kaki itu sendiri, bayangkan badannya jadi macam mana, bayangkan tangannya jadi macam mana! Jadi itulah seksaan paling ringan. Allahuakbar!


  • Kemudian, apabila lapar pula, makanan yang ada hanyalah buah Zaqqum, iaitu buah yang berduri yang apabila dimakan, SAKIT, bukan kenyang. Minum pula air yang panas dari neraka sehingga pecah kerongkongnya. Tak hilang dahaga! Tak hilang lapar! Bahkan seksa! seksa! seksa! sehingga ulamak menyebut, jika orang yang berada dalam api neraka itu, diangkat sekejap dan diletakkan pula di atas api yang paling panas di dunia (Gunung Berapi, mungkin?), mereka ini boleh tidur dan boleh nyenyak. Pasal apa? Pasal sejuknya api di dunia itu. Jangan kita sekali-kali berfikir untuk tinggal di dalam neraka walau seminit pun, kerana sesaat pun kita tidak akan dapat menahannya. Allahuakbar!

Gambar sekadar hiasan.



SUBHANALLAH     ALHAMDULILLAH     ALLAHUAKBAR  

  • Harapan saya agar pihak pembaca dapat menyebarkan info/maklumat yang ada di dalam blog ini kepada rakan yang lain. Sama-samalah kita berdakwah. Insyaallah.
  • Sekian dahulu dari saya. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk datang dari saya. Kita akhiri pembacaan ini dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.
Sekian dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit, Untuk Saham Akhirat!

17 August 2014

Kisah Penciptaan Manusia Oleh Allah S.W.T - Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim


Sebelum Allah S.W.T menciptakan Nabi Adam a.s, Allah telah berfirman kepada Bumi, "Wahai Bumi, aku ingin mencipta suatu makhluk. Namanya MANUSIA. Mereka ini apabila sudah berada di bumi nanti, akan menimbulkan sedikit masalah. Lalu Bumi bertanya, "Apakah masalah mereka?" "Masalah mereka ialah, mereka tidak semuanya beriman. Yang mana beriman, akan masuk ke dalam syurga dan yang mana yang ingkar, akan masuk ke dalam neraka."

Kemudian Allah telah memerintahkan Malaikat Jibril untuk pergi ke Bumi itu. Jibril a.s diperintahkan untuk mengambil seraub tanah dari Bumi. Dan apabila Jibril a.s datang pada Bumi untuk mengambil tanah, lalu Bumi berkata, "Hai Jibril, aku berlindung dengan kemuliaan Tuhan yang mengutuskan kau ke sini. Janganlah kau ambil sesuatu pun daripada aku, yang mana esok pada akhirnya akan masuk ke dalam neraka." 

Gambar Hiasan. Ultraman Zaman Baru Minum Minyak Zaitun Untuk Naik Power!


Bumi telah menolak hajat Malaikat Jibril a.s, kerana tidak mahu sebahagian daripadanya (iaitu manusia yang ingkar) masuk ke dalam neraka. Maka kembalilah Jibril kepada Allah serta tidak diambilnya tanah daripada Bumi itu. Kemudian dikhabarkan berita itu kepada Allah S.W.T. 
Kemudian Allah telah memerintahkan pula Malaikat Mikail a.s untuk pergi ke Bumi. Apabila pergi Mikail kepada Bumi, berkatalah Bumi seperti dia berkata kepada Jibril. Maka kembalilah juga Mikail kepada Allah serta tidak diambilnya tanah daripada Bumi itu.

Kemudian Allah memerintahkan pula Malaikat Izrail (Malaikat Maut) untuk pergi ke Bumi. Lalu Bumi berkata yang sama seperti dia berkata kepada Jibril dan Mikail. Kemudian Izrail menjawab, "Berlindung aku dengan Tuhan Yang Maha Mulia, daripada derhaka kepadanya". Lalu Izrail pun mengambil tanah daripada Bumi itu, iaitu dari bahagian utara, selatan, timur, barat, di bahagian tengah dan lainnya. Kemudian daripada tanah merah, tanah hitam, tanah putih, tanah halus, tanah kasar, lembut, dan tanah keras. Lalu dijadikan daripada tanah itu oleh Allah S.W.T cucu-cucu Adam yang ada yang baik, ada yang buruk. Ada yang putih dan ada yang hitam. Ada yang cantik dan ada yang sebaliknya.

Gambar sekadar hiasan.


Firman Allah S.W.T tentang penciptaan manusia di dalam Surah Saad, Ayat 71-74. Mari kita baca. Bismillahirahmanirahim.

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia iaitu Adam, dari tanah.

"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya".

(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali.

Melainkan Iblis, ia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta jadilah ia dari golongan yang kafir.



Kisah Pengklonan Manusia!

Pada 26 Disember 2002, dunia ini telah digemparkan dengan berita kelahiran bayi berjenis kelamin perempuan, hasil daripada pengklonan manusia yang pertama di dunia. Berita itu telah diulaskan oleh Clonaid iaitu syarikat yang bertanggungjawab dalam bidang pengklonan makhluk hidup yang memiliki beribu pejabat di Bahamas.

Proses pengkloningan manusia adalah merupakan suatu proses yang sangat rumit kerana DNA manusia yang begitu kompleks. Memetakkan DNA manusia, memilih gen yang baik dan membuang gen yang buruk, Begitu banyak sekali kegagalan dalam proses itu. Hasilnya juga sangat mengerikan.

Gambar di bawah adalah hasil daripada proses pengklonan manusia tersebut:





Inilah yang terjadi apabila manusia cuba mencabar Tuhan! 



Jadi Apakah Hukum Pengklonan Manusia?

Hukum pengklonan pembiakan manusia dan perubatan adalah HARAM. Ini adalah berdasarkan hujah seperti berikut:

Dari Sudut Aqidah:
  • Pengklonan akan menyebabkan wujudnya penentangan terhadap tujuan Allah S.W.T menjadikan manusia serta meningkatkan darjat mereka kepada sebaik-baik kejadian. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firmannya;
  • "Sesunguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

Dari Sudut Syariat:
  • Manusia tidak harus dijadikan bahan percubaan sepertimana yang dilakukan kepada tumbuhan-tumbuhan, binatang dan batu-batan. Ini kerana Allah S.W.T telah memuliakan serta mengangkat darjat manusia melebihi makhluknya yang lain. Kejadian manusia bermula daripada tanah kemudian ditiupkan roh sehinggalah sempurna kejadiannya. 
  • Mereka kemudian dipertanggujawabkan dengan tugas-tugas agama. Jesteru, pengklonan manusia sebagaimana yang dilakukan keatas binatang akan menjadikan manusia sama seperti binatang, sedangkan Allah S.W.T menjadikan manusia dengan sempurna dan manusia diberikan tangungjawab untuk mentadbir dunia ini dengan sebaik-baiknya. Wallahualam..



Status Penwartaan: 
 Diwartakan

Tarikh Diwartakan: 
 28 Aug, 2003

Nombor Rujukan: 
 Mufti Sel. 500-2; PU. Sel. AGM

Akta/Enakmen: 
 Sel. P.U. 30.


Sekian dahulu dari saya. Segala yang baik datang dari Allah S.W.T dan segala yang buruk itu datang dari saya sendiri. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat!

Tanda-Tanda Besar Kiamat Yang Ramai Tidak Tahu !

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim


Hampir 90% tanda-tanda kecil kiamat telah berlaku. Antara tanda kecil qiamat yang cukup banyak berlaku pada hari ini yang Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda, "Kalian akan lihat wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Kalian akan lihat satu wanita dengan dua sifat padanya iaitu berpakaian dan telanjang. Kain yang dipakai menampakkan bentuk tubuh. Kalian akan lihat sanggul kepala mereka seperti bonggol unta. Nabi Muhammad s.a.w menyebut wanita jenis ini tidak akan dapat masuk ke syurga malah bau syurga pun tidak."
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w bersabda, apabila habis berlaku tanda itu, ada beberapa tanda besar yang akan berlaku. Nabi Muhammad s.a.w telah menyusun mengikut turutannya. Dalam Sahih Bukhari dan Muslim ada enam (6) sahaja tanda-tanda besar qiamat. Ada lagi tanda besar dalam sahih yang lain.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, tanda besar yg PERTAMA ialah matahari terbit dari sebelah barat. Sebelum matahari terbit dari sebelah barat, Bumi ini akan menjadi gelap selama beberapa hari di semua waktu di semua negara. Manusia akan mula merasa resah tentang fenomena yang amat luar biasa ini yang tiada jawapan di seluruh bumi Allah. Bagi orang yang mendengar hadis tanda-tanda besar qiamat dia ada jawapan dengan maklumat yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui hadisnya. Berapa ramai yang tidak mendengar hadis tanda-tanda besar qiamat?


Tanda Besar Kiamat: Terbitnya matahari dari arah barat! 


Manusia mula berasa takut dan mencari-cari jawapan, tetapi tidak ramai yang tahu. Ada riwayat mengatakan Bumi akan menjadi gelap selama 2 hari, dan ada pula berkata 3 hari. Seandainya bumi menjadi gelap hingga hari ketiga, ketahuilah bahawa pada hari keempat itu, matahari akan terbit dari arah barat. Pada hari keempat itu, kumpulan pertama yang akan merasa matahari terbit dari sebelah barat , sabda Nabi Muhammad s.a.w, mereka itu ialah orang yang bangun mendirikan ibadat/solat malam. Seluruh penduduk Bumi, iaitu orang Islam dan bukan Islam akan melihat matahari terbit dari sebelah Barat pada pagi itu. Ketika itu, sabda Nabi Muhammad s.a.w, semua orang ingin beriman kepada Allah. Tetapi Allah sudah pun menutup pintu taubat itu serapatnya buat selama-lamanya. Ketika itu juga, yang dedah aurat sibuk mencari tudung untuk menutup aurat. Yang tidak baca Al-Quran bertungkus-lumus berlari ke rumah mencari Al-Quran untuk dibaca. Yang tidak pernah bersedekah dan berzakat pula, berlari ke rumah masing-masing untuk mengeluarkan emas mereka, kemudian mengenggam emas itu dan berlari keluar mencari orang miskin!



Yang tidak pernah bersedekah dan berzakat pula, berlari ke rumah masing-masing untuk mengeluarkan emas mereka, kemudian mengenggam emas itu dan berlari keluar mencari orang miskin!


Sabda Nabi Muhammad s.a.w, pada hari pertama matahari terbit dari sebelah barat, tempoh masa siang itu panjangnya setahun, kemudian barulah manusia merasa nikmat Allah datangkan malam. Para sahabat bertanya bagaimana nak solat? Jawab nabi, kalian anggarkan satu waktu solat dengan satu waktu solat yang lain. Kemudian matahari tenggelam dan esok naik lagi dari sebelah barat. Hari kedua seperti mana sebulan panjangnya. Hari ketiga seperti mana seminggu panjangnya. Hari keempat Nabi Muhammad s.a.w bersabda, barulah matahari terbit berputar seperti biasa hari-hari kalian (sehari). Waktu itu, manusia menjadi tidak tenang. Yang tenang hanyalah mereka yang menyimpan bekalannya. Apabila muncul tanda besar qiamat, yang PERTAMA, maka nantikan pula kemunculan tanda besar qiamat yg KEDUA sejurus selesai yg pertama.



Adakah kita sudah bersedia? 


Sekian dahulu dari saya. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk datang dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat!

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat

Datang Lagi Ya..Assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger