Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Klik! Sebagai tanda SOKONGAN!

Jobdirumah

1 September 2014

Jaminan Para Malaikat Untuk Orang Yang Berselawat

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibrail, Mikail, Israfil, dan Izrail a.s telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril a.s, "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian seperti kilat".

Berkata pula Mikail a.s, "Mereka yang berselawat keatasmu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu".

Berkata Israfil a.s, "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T, dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu".

Malaikat Izrail a.s pula berkata, "Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi".

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W? Para malaikat sendiri telah memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.

Dengan kisah ini, saya harap kita semua termasuk diri saya tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah s.w.t, Rasululullah s.a.w dan para Malaikat.



Cara-Cara Berselawat 

Cara selawat amat mudah. Kita selalu selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan juga Nabi Ibrahim AS semasa bacaan tahiyat akhir. Perkataan ‘SAW’ juga adalah selawat ke atas nabi kita.
SAW = sallallahu alaihi wasalam, bermaksud: Allah sejahteralah keatasnya.
Selawat rumi ringkas adalah : Allahumma solli ‘ala muhammad, wa ‘ala ali muhammad, bermaksud: Allah selawatkanlah ke atas Muhammad, dan ahli keluarga muhammad
Atau: Allahumma solli ‘ala muhammad, wa ‘ala ali wasalam, bermaksud: Allah selawatkanlah ke atas Muhammad, dan ahli keluarga dan kesejahteraannya.
Atau: Allahumma solli ‘ala muhammad, wa ‘ala ali wasohbihi wasalam, bermaksud: Allah selawatkanlah ke atas Muhammad, dan ahli keluarga dan sahabatnya dan kesejahteraannya.
Sesungguhnya selawat keatas Nabi Muhammad, keluarganya, dan sahabatnya amatlah dituntut. Keluarga dan sahabat baginda Rasulullah SAW turut bersama-sama berjuang dalam menegakkan syiar Islam. Maka, kita yang lahir sahaja sudah Islam kerana ibu dan bapa kita islam, eloklah kita perbanyakkan selawat keatas baginda Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat baginda.




Selawatlah ke atas Nabi Muhammad s.a.w.


Amalkan selawat syifa selepas selesai solat. Selepas baca urut kedua-dua belah mata. Insyaallah jika diamalkan secara istiqamah, akan hilang penyakit rabun, dengan izin Allah.


Sekian dahulu dari saya. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk datang dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat!

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat

Datang Lagi Ya..Assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger