Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Klik! Sebagai tanda SOKONGAN!

Jobdirumah

13 September 2014

6 Cara Syaitan Menggoda Manusia (Eksklusif)

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Entry saya pada kali ini adalah berkenaan tentang "Cara-Cara Syaitan Menggoda Manusia". Jadi persolannya, bagaimanakah para syaitan ini beroperasi? Bagaimana mereka menghasut para manusia dan apakah mereka juga mempunyai modus operandi seperti kita dalam menyebarkan dakwah? Jadi saya memohon agar pihak pembaca dapat meluangkan sedikit masa untuk mengetahui tentang teknik-teknik godaan yang dilakukan oleh syaitan laknatullah ini. 



Gambar Hiasan. Katakan tidak kepada Nafsu dan Syaitan!


Syaitan sering menggunakan jalan, tahap demi tahap (step by step) dalam menjerumuskan dan menyesatkan manusia, sama ada dalam bidang dakwah mahupun aktiviti yang ditempuh untuk menuju ke arahnya. Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah telah menyebutkan 6 tahap (steps) yang digunakan oleh para syaitan ini untuk menyesatkan manusia. Apabila tahap pertama tidak berjaya, maka para syaitan ini akan meneruskan dengan tahap yang kedua dan seterusnya, sehinggalah manusia ini menjadi leka dan tertewas dengan godaan syaitan. Tahap-tahap itu adalah seperti berikut;

1. Kufur dan Syirik
  • Syaitan sentiasa berusaha untuk menjadikan manusia itu kafir atau menyekutukan Allah, tetapi apabila orang itu seorang Muslim yang kuat ibadahnya, maka syaitan akan memulakan langkah ke tahap berikutnya, iaitu;

2. Bida'ah
  • Syaitan berusaha menjerumuskan manusia agar ia menjadi seorang mubtadi' (ahli bidaah) dan mengamalkannya, namun apabila orang itu adalah seorang yang berpegang teguh kepada sunnah, maka syaitan tetap tidak berputus asa. Maka syaitan akan memulakan langkah ke tahap seterusnya, iaitu;

3. Dosa-dosa besar
  • Pada tahap ini, syaitan berusaha menggoda manusia agar ia melakukan dosa-dosa besar, namun apabila lelaki itu telah dijaga oleh Allah dari perbuatan itu, maka syaitan pun tidak berputus asa.

4. Dosa-dosa kecil
  • Godaan pada tahap ini adalah agar seseorang Muslim terjebak dalam dosa-dosa kecil, tetapi apabila Allah juga menjaganya daripada perbuatan itu, maka syaitan tetap berusaha untuk mencari jalan lain.

5. Sibuk dengan Perkara Mubah
  • Taktik syaitan pada peringkat ini adalah membuat manusia sibuk dengan perkara-perkara mubah (yang dibolehkan) sehingga banyak waktu mereka disia-siakan, hingga mereka tidak sempat untuk menyibukkan diri dalam perkara-perkara yang lebih penting.

6. Sibuk Dengan Amalan Utama
  • Ini adalah taktik syaitan yang paling berbisa dan paling berkesan dilakukan terhadap kita semua. Apakah yang dimaksudkan dengan amalan utama? Baiklah, taktik ini adalah "level" terendah dari godaan syaitan pada manusia, iaitu membuat orang sibuk dengan perkara-perkara utama daripada sibuk dengan perkara-perkara yang LEBIH utama. Atau melakukan perbuatan yang baik tertentu daripada melakukan perbuatan yang LEBIH baik. Contohnya, ramai di kalangan kita sibuk dengan amalan sunnah namun kita lalai dengan amalan wajib, atau lebih teruk meninggalkan terus yang wajib itu. Subhanallah. 
  • Sedar tidak sedar, akibat leka dengan taktik syaitan yang No.6 ini, tidak mustahil kita boleh terperangkap dengan perangkap syaitan yang No.1 itu, iaitu Kufur dan Syirik! Naudzubillah Min Dzalik.

Firman Allah tentang tipu daya syaitan di dalam surah Faatir Ayat 6; Mari baca bersama-sama.

MaksudnyaSesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu. Maka jadikanlah ia musuh yang mesti dijauhi tipu dayanya. Sebenarnya ia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.


Contoh-contoh syirik kecil.


Perlu tahu bahawa, syaitan itu menggoda manusia menggunakan cara yang sesuai. Jika kita ada cara berdakwah kita, mereka juga ada cara mereka sendiri, iaitu;

  • Menggoda orang zuhud dengan cara zuhud
  • Menggoda orang pandai melalui pintu ilmu
  • Demikian juga menggoda orang jahil melalui pintu kejahilannya.

Berwaspada dengan perangkap syaitan.



Wallahualam. Semoga kita diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T untuk menepis segala godaan syaitan laknatullah.

Sekian dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat!

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat

Datang Lagi Ya..Assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger