Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Klik! Sebagai tanda SOKONGAN!

Jobdirumah

20 August 2014

Eksklusif ! Hari Pertama Kita Di Syurga

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


 بسم الله الرحمن الرحيم 



Keadaan pada Hari Pertama di Syurga Allah nanti -  Ustaz Jafri Abu Bakar

  • Lawan kepada neraka adalah syurga. Jika hendak diceritakan tentang betapa nikmatnya di syurga ini, iaitu sebaik sahaja kita melangkah kaki ke syurga Allah, bermula pada saat itu, detik itu, nikmat TIDAK akan pernah berkurang, bahkan nikmat menjadi semakin bertambah dan terus bertambah. Dan apabila beradanya di dalam syurga, tidak akan ada satu hari pun yang kita akan berkata "Seronoknya hari ini, tetapi kelmarin lagi seronok". Begitulah sifat syurga yang mana semakin hari menjadi semakin nikmat. Allahuakbar! Subhanallah..

  • Menurut riwayat, pada hari pertama sebelum masuknya kita ke dalam syurga Allah, iaitu hari pertemuan pertama kita dengan Allah, kita telah pun bersiap sedia berhimpun di hadapan pintu Syurga Khuldi (menurut ulama). Pada ketika itu, yang memimpin kita, ialah Malaikat Jibril a.s. Di hadapan pintu syurga itu, malaikat-malaikat penjaga pintu syurga sudah pun menunggu, lalu bertanya kepada Jibril siapakah yang dibawanya itu. Lalu Malaikat Jibril a.s menjawab "Aku membawa tetamu-tetamu Allah". 

  • Kemudian, masuklah kita ke dalam syurga Allah, dan pada saat itu, nikmat kita tidak akan pernah berkurang. Lalu, terpegunlah kita dengan keindahan dan kecantikan yang tersedia ada di dalam syurga itu, pohon-pohonnya, sungai yang mengalirnya, yang tidak pernah kita bayangkan selama ini. Sungguh cantik! Subhanallah! Keindahan yang melebihi segala keindahan di dunia ini! Setelah itu, kita semua akan dibawa naik satu kenderaan. Semua orang akan dibawa masuk ke dalam kenderaan itu dan ia bergerak, seperti "tour". Di sepanjang perjalanan itu, pohon-pohon bergerak memberi laluan kepada kita. Sungguh indah! Lalu di kiri dan kanan kita pula tersergam indah mahligai-mahligai yang sangat cantik yang mana sudah siap tertulis nama-nama kita di hadapannya. Subhanallah!

  • Kemudian, tiba kita di suatu tempat hamparan permaidani yang cukup indah dari syurga. Lalu kita didatangi pula oleh pelayan-pelayan syurga yang membawakan kita baju-baju yang sungguh indah dari syurga, mahkota, dan cincin-cincin cantik yang tertera Asma ul Husna. Dan apabila kita mendongak ke atas langit, kelihatan seekor burung yang sangat-sangat cantik, yang tidak pernah kita tengok sewaktu hidup di dunia. Burung itu mengibar-ngibarkan sayapnya di udara, lalu dari celah-celah sayap itu, turunlah wangi-wangian yang jatuh terkena pada baju kita semua. Setelah itu, kita dihidangkan pula dengan makanan yang mana, lagi kita makan lagi bertambah sedap yang tidak pernah berkurang nikmatnya. Allahuakbar!

  • Kita terus menanti-nanti nikmat yang akan datang pada ketika itu. Lalu dibawakan satu mimbar daripada Nur. Ketika itu kita tertanya-tanya nikmat apakah yang akan muncul selepas ini. Lalu Malaikat Jibril menjemput Nabi Daud a.s untuk naik ke atas mimbar itu. Untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup kita, semenjak kita dilahirkan sampailah kita meninggal dunia, ketika itu dapatlah kita melihat Nabi Daud a.s. Kemudian kita mendengar Nabi Daud a.s membaca Kitab Zabur. Nabi Daud a.s ini, Allah telah memberikan keistimewaan kepadanya, iaitu memiliki suara yang sungguh merdu! Subhanallah. Bayangkan betapa terpesonanya kita pada ketika itu, mendengar setiap bacaan yang dibaca oleh Nabi Daud a.s. Subhanallah.

  • Kemudian, setelah selesai membaca kitabnya, Nabi Daud a.s turun dari mimbar itu, lalu Malaikat Jibril menjemput pula Nabi Musa a.s untuk naik ke atas mimbar. Subhanallah! Pertama kali kita mendengar kitab Taurat dibacakan. Tambahan pula, ia dibaca oleh Nabi Musa a.s sendiri. Allahuakbar. Kemudian setelah selesai membaca kitabnya, Nabi Musa a.s turun dari mimbar, lalu dijemput pula oleh Malaikat Jibril, Nabi Isa a.s untuk naik ke atas mimbar. Pertama kali dalam sejarah hidup kita, kitab Injil dibacakan.

  • Kemudian, turunnya Nabi Isa a.s dari mimbar itu, maka naiklah pula kekasih hati kita, orang yang sangat kita cintai, orang yang sangat kita rindu ! Nabi Muhammad s.a.w! Nabi Muhammad s.a.w naik ke atas mimbar itu dan membacakan kepada kita kitab Al-Quran dari awal sampai habis. Subhanallah. Kemudian setelah selesai membacakan kitab Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w turun dari mimbar itu.

  • Pada ketika itu, kita tertunggu-tunggu apa lagi nikmat yang Allah ingin beri kerana kita berasa sungguh seronok dan sangat teruja.Tiba-tiba kedengaran satu suara daripada langit. Suara yang begitu merdu! Suara yang begitu indah! yang kita semua tahu itu adalah suara Allah S.W.T. Allah berkata, "Wahai hamba-hambaku sekalian, kamu mahu apa lagi hari ini?" Kita menjawab, "Tiada apa lagi yang kami mahu kecuali redhamu, Ya Allah. Redhalah kami Ya Allah". Allah berkata, "Wahai hamba-hambaku, aku redha kamu. Hari ini aku ingin memberi nikmat yang lebih besar dan lebih hebat daripada nikmat-nikmat yang kamu dapat ini". Subhanallah. Kemudian terbukalah hijab di langit, keluarlah wangi-wangian yang begitu indah, yang tidak dapat kita dibayangkan. Kemudian terbukalah hijab yang kedua pula, Subhanallah, pertama kali dalam sejarah hidup kita, pada ketika itu kita lihat wajah Allah S.W.T. sehingga kita lupa akan segala nikmat yang pernah kita dapat sebelum itu. Subhanallah! Allahuakbar! Mahukah kita berada di dalam jemaah itu nanti?

Gambar sekadar hiasan


SUBHANALLAH     ALHAMDULILLAH     ALLAHUAKBAR  

  • Harapan saya agar pihak pembaca dapat menyebarkan info/maklumat yang ada di dalam blog ini kepada rakan yang lain. Sama-samalah kita berdakwah. Insyaallah.
  • Sekian dahulu dari saya. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk datang dari saya. Kita akhiri pembacaan ini dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.

SUBHAANAKALLAH HUMMA WABIHAMDIKA ASYHADUANLAILAHAILLA ANTA ASTAGHFIRUKA WAATUBUILAIK.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
(1) وَالعَصرِِ
(2) إِنَّ الإِنسٰنَ لَفى خُسرٍ
     (3) إِلَّا الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَتَواصَوا بِالحَقِّ وَتَواصَوا بِالصَّبرِ


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


No comments:

Post a Comment

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat

Datang Lagi Ya..Assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger