Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Klik! Sebagai tanda SOKONGAN!

Jobdirumah

17 September 2014

Mencari Pahala Kemuncak Dalam Solat - Waktu Paling Afdal Untuk Bangun Ketika Iqamah

Assalamualaikum w.b.t. - Bismillahirahmanirahim - Ustaz Jafri Abu Bakar

Jika kita hendak membuat sesuatu ibadah, carilah waktu yang paling afdal. Tetapi adakah ibadah kita sah jika kita tidak melakukan perkara-perkara afdal ini? Jawapannya, ibadah tetap sah, cuma kita yang akan rugi, kerana tidak mendapat pahala kemuncak dalam melakukan sesuatu ibadah.

Contoh paling mudah ialah ketika melakukan solat. Persoalannya, waktu bilakah paling afdal untuk kita bangkit ketika bilal sedang iqamah? Terdapat 8 lafaz di dalam iqamah. Jom baca sama-sama;

Daripada 8 lafaz ini, waktu bilakah paling afdal untuk kita bangkit? Iaitu waktu yang pahalanya paling banyak. Jawapannya ialah, ketika mana bilal melafazkan "Qad Qamatis Salah" iaitu lafaz yang ke-6.

Ironinya, apa yang berlaku pada zaman sekarang ialah, ketika bilal melakukan iqamah, masih ada lagi jemaah yang sedang bersantai-santai, berborak-borak, dan bersandar di dinding-dinding, seperti mengendahkan seruan solat itu. Rata-rata mereka lebih suka menunggu Imam yang tampil dahulu, baru mereka bisa mengangkat punggung mereka. Mujurlah ada larangan menghisap rokok di masjid, kalau tidak? Fikirlah sendiri. Mungkin ketika Imam sedang tahiyat akhir, barulah kita terhegeh-hegeh nak mengangkat takbir. Bangkit waktu bila pun tuan-tuan, kita tetap melakukan rakaat yang sama, cuma apa yang membezakan ialah pahala kemuncak yang diperolehi ketika menunaikan solat itu.

Luruskan saf, rapatkan saf


Kemudian apabila makmum sudah berada di dalam saf mereka, barulah Imam akan tampil keluar untuk mengimamkan solat jemaah itu. Kemudian Imam akan menegur sekiranya saf itu tidak kemas atau lain-lain perkara. Imam ini diibaratkan sebagai "Perdana Menteri" di dalam masjid. Jadi kita sebagai makmum perlulah hadir dulu, berbaris di saf, kemudian barulah Imam akan melakukan tugasnya.

Begitulah juga situasinya ketika ceramah Perdana Menteri. Adakah Perdana Menteri itu berucap dulu setengah jam, kemudian baru rakyat berpusu-pusu nak masuk dewan, atau rakyat itu sendiri tunggu lebih awal, sebelum majlis itu bermula? Fikir-fikirkanlah. 

Apa yang cuba saya ulaskan dalam artikel kali ini ialah tentang perkara-perkara yang paling afdal dalam solat, yang kita tidak boleh sia-siakan. Seperti Ustaz Jafri sebut, solat itu tetap sah. Tetapi kita sendiri yang akan rugi kerana tidak mendapat pahala kemuncak itu. Ini baru bab Iqamah. Belum masuk lagi perkara yang lain. Wallahualam.


Subhanallah. Indahnya solat berjemaah


Sekian dahulu dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit, Untuk Saham Akhirat!

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat

Datang Lagi Ya..Assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...