Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Klik! Sebagai tanda SOKONGAN!

Jobdirumah

5 September 2014

Kisah Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu selalu membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu, sentiasa didahulukan dengan Bismillah. Suaminya pula tidak suka akan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata, "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu!"

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit itu ke dalam perigi di belakang rumahnya.



Gambar hiasan.


Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dan dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu. Dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahim". Ketika itu Allah S.W.T menghantar malaikat Jibrail a.s untuk mengembalikan beg itu dan menyerahkan duit itu di tempat asalnya agar perempuan itu dapat menyerahkannya kembali kepada suaminya.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga mengamalkan membaca Bismillah apabila hendak memulakan sesuatu pekerjaan. Wallahualam.  

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Adalah Jibril apabila datang kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiim.” (Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. )




Ya, Memang mudah untuk menyebutnya. Tapi berapa ramai je diantara kita yang mengamalkannya. Pesanan itu untuk diri saya dan juga para pembaca sekalian. Mudah-mudahan Allah memberikan keberkatan dan memudahkan di atas setiap pekerjaan yang kita lakukan. Insyaallah.  



Jadi, di manakah kedudukan kita?



Antara sifat-sifat munafik yang kita perlu tahu. Lihat semula diri kita. Adakah ciri-ciri tersebut ada pada diri kita. Naudzubillah Min Dzalik.


Assalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat

Datang Lagi Ya..Assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger