Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Klik! Sebagai tanda SOKONGAN!

Jobdirumah

29 September 2014

10 Mayat Yang Tidak Akan Reput Di Dalam Kubur

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Disebutkan di dalam hadis Rasulullah s.a.w, bahawa terdapat 10 golongan manusia yang mana mayatnya TIDAK AKAN BUSUK dan TIDAK AKAN REPUT dan ia juga akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari kiamat kelak iaitu:

  • Para nabi Allah.
  • Ahli jihad fisabilillah.
  • Para alim ulama yang menegakkan kalimah Allah.
  • Para syuhada yang sentiasa memperjuangkan Islam.
  • Para penghafal Al-Quran dan beramal dengan Al-Quran.
  • Imam atau pemimpin yang adil dalam menegakkan syariat Allah.
  • Tukang azan yang tidak pernah meminta habuan atau balasan.
  • Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T
  • Orang yang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahankan maruah dan agama Islam.
  • Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu adalah dari kalangan orang-orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.


Kisah Para Syuhada Yang Tidak Reput Mayatnya..

As-syahid Zaid al Bawardi telah syahid di dalam pertempurannya di antara Militan Alawi. Namun begitu saudaranya daripada FSA (Free Syrian Army) tidak dapat mengeluarkan mayatnya kerana kawasan pertempuran itu dikuasai dan dikawal oleh Militan Alawi. Walaubagaimanapun, dua bulan selepas itu, mereka telah berjaya membebaskan kawasan tersebut dan salah seorang daripada Militan Assad yang ditahan oleh mereka telah menunjukkan lokasi kubur As-Syahid Zaid al-Bawardi.

Mereka (Militan Assad) telah menyorokkan jasadnya dibawah karpet yang penuh dengan habuk, tetapi apa yang menakjubkan ialah darahnya masih segar seperti dia baru sahaja syahid semalam dan baunya sangat wangi! Subhanallah! 

Lihatlah buktinya, Allah Maha Berkuasa dan Maha Benar akan janjiNya. Janganlah kita berasa takut untuk berjuang di jalan Allah.



Sekian dahulu dari saya. Segala yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan segala yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat!

26 September 2014

5 Fadhilat Dan Cara Yang Betul Membaca Al-Fatihah

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Sebelum kita mengetahui fadhilat-fadhilat membaca Al-Fatihah, marilah sama-sama kita fahami dahulu maksud ayat-ayat di dalam surah ini.

Mari baca Surah Al-Fatihah


MAKSUD SURAH AL-FATIHAH:


Ayat 1: Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ayat 2: Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam

Ayat 3: Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ayat 4: Yang menguasai hari pembalasan

Ayat 5: Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan

Ayat 6: Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Ayat 7: (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang Engkau murkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.




5 FADHILAT MEMBACA SURAH AL-FATIHAH:

  • Barang siapa membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 70 kali dalam keadaan berwudhu setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran yang rosak. Insyaallah.
  • Barang siapa yang membaca Al-Fatihah sewaktu hendak tidur, Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT kemudian dia membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, Insyaallah Dia akan memenuhi keperluannya. Insyaallah
  • Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka jika ia menginginkan pangkat, terkabullah permohonannya dan kalau ia fakir maka akan jadi kaya dan insyallah jika punya hutang maka ia akan mampu untuk membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah. Insyaallah.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah SWT akan meluaskan rezekinya, menjadikan baik akhlaknya, memudahkan urusannya, menghilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, dan apa yang ia angan-angankan, ia akan mendapatkan berbagai berkat, kebaikan dan kemuliaan, menjadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia beserta anak-anaknya akan terlindung dari kemudharatan, kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan. Insyaallah.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali setelah selesai sembahyang Subuh maka ia akan memperoleh maksudnya dan menemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa : “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, baik urusan dunia maupun urusan akirat, agar dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..Amin.

VIDEO di bawah adalah penerangan tentang cara membaca Al-Fatihah dengan betul mengikut cara Rasulullah s.a.w. Marilah sama-sama kita pelajari dan manfaatkan.


Sekian dahulu dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat.

24 September 2014

Jawapan Pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Diriwayatkan dalam hadis, ketika mayat sudah diletakkan di dalam kubur, maka datanglah dua malaikat yang sangat hitam, kedua-dua matanya melolot, suaranya seperti petir, dan penglihatannya bagaikan kilat yang menyambar. Kedua-dua malaikat ini datang dari arah kepala si mayat. Maka amalan solat berkata, "Kamu berdua jangan datang dari arahku, kerana mayat ini sering tekun mendirikan solat, baik di waktu malam mahupun siang, kerana rasa takutnya pada tempat ini".

Kemudian kedua-dua malaikat itu datang pula dari arah kedua kakinya. Lalu kedua kakinya berkata, "Kamu berdua jangan datang dari arahku, kerana mayat ini selalu menggunakan aku untuk berjalan menuju ke tempat solat berjemaah, kerana rasa takutnya pada tempat ini".

Setelah itu, kedua-dua malaikat ini datang pula dari arah kanan mayat itu, maka berkatalah amalan sedekah, "Kamu berdua jangan datang dari arahku, kerana mayat ini telah melakukan sedekah dengan aku sebab ia takut pada tempat ini".


Gambar hiasan. Muhasabah diri


Kemudian, malaikat Munkar dan Nakir datang dari arah kirinya, maka berkatalah amalan puasanya, "Kamu berdua jangan datang dari arahku, kerana mayat ini benar-benar telah berlapar dan dahaga, kerana rasa takutnya pada tempat ini". Lalu mayat itu terbangun, seperti bangunnya orang yang tidur, kemudian ia berkata, "Apa yang kamu hendaki?". Malaikat Munkar dan Nakir menjawab, "Kami ingin menanyakan tentang ketauhidan kamu kepada Allah".

Allah telah memerintahkan kedua malaikat ini, Munkar dan Nakir, untuk menyaksikan sendiri tentang ketauhidan seseorang mukmin itu. Allah S.W.T telah berfirman, "Wahai malaikatKu, aku telah mengambil roh seorang hamba, Aku meninggalkan hartanya untuk yang lain, isterinya berada di tempat orang lain, sedekah jariyahnya untuk orang lain, harta bendanya untuk orang lain, Kerana itu, bertanyalah kepada hambaKu itu di dalam perut Bumi. HambaKu tidk akan rela kecuali kepadaKu. Ia tidak akan menjawab pertanyaan seseorang kecuali tentang Aku. HambaKu akan berkata,

"Allah, Tuhanku"
"Muhammad, Rasulku" dan
"Islam, agamaku".

Allah kemudian berfirman, "Apakah kamu berdua tidak mengetahui? Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".

Allahuakbar! Wallahualam.


4 perkara penyelamat di alam barzakh. 



Baca 15 Azab Bagi Orang Yang Meninggalkan Solat DISINI


Baca Kisah Malaikat Harut dan Marut Mengajar Sihir DISiNI

Sekian dahulu dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu, Untuk Saham Akhirat!

20 September 2014

Amalan Kecil Berpahala Besar - Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Subuh

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Solat sunat dua rakaat sebelum subuh adalah satu amalan kecil yang berpahala besar. Saidatina Aisyah r.a menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Dua rakaat fajar (solat sunat seblum subuh) adalah lebih baik daripada dunia dan isinya".

Menakjubkan! Pahala solat sunat sebelum Subuh adalah lebih baik daripada dunia dan isinya serta kekayaan dan kenikmatan yang ada dalamnya. Ia lebih baik daripada wanita yang cantik jelita, lelaki yang tampan mempersona, permata dan mutiara yang menyilaukan mata, takhta, serta jawatan atau pangkat yang direbut-rebut oleh para manusia sekalian.


Gambarajah tentang solat sunat qabliyah dan ba'diyah yang mudah untuk kita fahami



Sudah ternyata, mereka yang mengamalkan solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh, adalah manusia yang terkaya di dunia dan di sisi Allah S.W.T


Besar sungguh pahala solat sunat dua rakaat yang ringan dan kecil ini. Ia adalah ibadah yang ringan kerana Rasulullah s.a.w sering membaca Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua. Insyaallah semoga kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang menjaga dan mengamalkan solat sunat ini. Mari baca surah dibawah dan fahami maksudnya;



Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), "Hai orang-orang kafir! ". Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah Allah yang aku sembah. "Dan aku tidak akan beribadat cara kamu beribadat". "Dan kamu pula tidak mahu beribadat cara aku beribadat". "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".


Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), "Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa". "Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat". "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan". "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".



Sekian dahulu dari saya. Jika ingin membuat sebarang teguran atau penambahan, silalah komen dibawah supaya pihak kami dapat membuat penambahbaikan. Assalamualaikum w.b.t. Majulah Islam!

Baca artikel tentang SEJARAH PENCIPTAAN MANUSIA disini

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat!

18 September 2014

Malaikat Yang Masuk Sebelum Munkar dan Nakir

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Abdullah bin Salam telah meriwayatkan, sebelum Malaikat Munkar dan Nakir datang maka ada seorang malaikat yang lebih dulu mendatangi mayat itu. Malaikat ini wajahnya cemerlang seperti matahari, namanya Malaikat Rumman. Ia duduk di sisi mayat sambil berkata, "Tuliskanlah tentang perbuatanmu yang baik mahupun yang buruk (ketika di dunia)". Kemudian mayat itu bertanya, "Di manakah aku ingin menulis? Mana pena dan tintaku?". Malaikat itu menjawab, "Air liurmu adalah tintamu, jarimu sebagai penamu". Kemudian, mayat itu bertanya lagi, "Di atas apa aku ingin menulis, padahal aku tidak mempunyai buku?". Lalu Malaikat Rumman merobek kain kafan mayat itu lalu memberikan kepadanya, sambil berkata, "Nah, ini adalah bukumu, dan tulislah!".

Setelah itu, mayat tersebut menulislah seluruh amalan yang pernah dilakukan semasa hidup di dunia dahulu tentang segala kebaikannya. Namun, ketika sampai di bahagian amalan keburukan, mayat itu berasa sungguh malu untuk menulisnya. Malaikat Rumman lalu bertanya, "Wahai orang yang bersalah, mengapa kamu tidak berasa malu kepada zat yang menciptakanmu ketika melakukan keburukan di dunia dahulu, tetapi sekarang kamu berasa malu kepadaku". Lalu tanpa berlengah, Malaikat Rumman itu lansung mengangkat gadanya dan memukul tubuh si mayat itu! 


Gambar hiasan, Gada adalah sejenis senjata pemukul besar yang mempunyai duri atau paku-paku di sisinya. Gambar di atas adalah Gada terbesar di dunia yang terdapat di Gujerat. Wallahualam.




Gambar di atas adalah contoh Gada yang berpaku di sisinya. Namun begitu, pemukul yang akan digunakan oleh para Malaikat di alam kubur nanti adalah lebih hebat dan lebih menakutkan! Subhanallah.

Setelah dipukul gada itu, lalu si mayat berkata, "Bangunkanlah aku supaya aku dapat menuliskan kejahatanku". Akhirnya mayat itu menulis segala perbuatan yang pernah dilakukannya, yang baik mahupun yang buruk. Setelah itu, Malaikat Rumman memerintahkan mayat itu untuk melipatkan bukunya dan menjilidkannya. Si mayat itu lantas bertanya, "Dengan cara apa aku ingin menjilidkannya, sedangkan aku tidak memiliki penjilid buku?" Lalu Malaikat Rumman menjawab, "Jilidkanlah buku amalan kamu itu dengan kukumu". Akhirnya mayat itu menjilidkan buku catatan amalnya lalu menggantungkan buku itu di lehernya sampai hari kiamat kelak. 

Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah Al Isra, Ayat 13: Mari baca sama-sama. Bismilahirahmanirahim..




Maksudnya: Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya sebagaimana tetapnya kalung pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka.

Kemudian, setelah selesai perkara sebentar tadi, masuklah pula Malaikat Munkar dan Nakir seperti masuknya malaikat yang pertama tadi. Ketika orang yang ahli maksiat itu melihat bukunya di hari kiamat kelak, maka Allah S.W.T memerintahkan untuk membacanya. Lalu hamba itu membaca catatan amalnya tentang kebaikan-kebaikannya, dan ketika sampai pada catatan keburukannya lalu ia berdiam diri. Allah lalu bertanya, "Kenapa kamu tidak membaca?". Hamba itu menjawab, "Aku merasa malu padaMu". Allah kemudian berfirman, "Kenapa kamu tidak berasa malu melakukan maksiat ketika di dunia, dan sekarang kamu baru merasa malu kepadaKu". Si hamba itu kemudian menyesal dengan penyesalan yang tiada ertinya. Akhirnya, Allah berfirman kepada malaikatNya, "Ambillah hamba ini dan belenggulah, kemudian lemparkan dia ke dalam neraka!".



Tiada siapa yang dapat menyelamatkan diri kita daripada seksaan kubur, melainkan TIGA perkara, yakni Doa anak yang soleh, Sedekah, dan Ilmu yang dimanfaatkan. Selamat beramal.


Wallahualam. Sekian dahulu dari saya. Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan segala yang buruk datang dari diri saya. Assalamualaikum w.b.t

Baca tentang Fakta Saiz Malaikat DISINI

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat

17 September 2014

Mencari Pahala Kemuncak Dalam Solat - Waktu Paling Afdal Untuk Bangun Ketika Iqamah

Assalamualaikum w.b.t. - Bismillahirahmanirahim - Ustaz Jafri Abu Bakar

Jika kita hendak membuat sesuatu ibadah, carilah waktu yang paling afdal. Tetapi adakah ibadah kita sah jika kita tidak melakukan perkara-perkara afdal ini? Jawapannya, ibadah tetap sah, cuma kita yang akan rugi, kerana tidak mendapat pahala kemuncak dalam melakukan sesuatu ibadah.

Contoh paling mudah ialah ketika melakukan solat. Persoalannya, waktu bilakah paling afdal untuk kita bangkit ketika bilal sedang iqamah? Terdapat 8 lafaz di dalam iqamah. Jom baca sama-sama;

Daripada 8 lafaz ini, waktu bilakah paling afdal untuk kita bangkit? Iaitu waktu yang pahalanya paling banyak. Jawapannya ialah, ketika mana bilal melafazkan "Qad Qamatis Salah" iaitu lafaz yang ke-6.

Ironinya, apa yang berlaku pada zaman sekarang ialah, ketika bilal melakukan iqamah, masih ada lagi jemaah yang sedang bersantai-santai, berborak-borak, dan bersandar di dinding-dinding, seperti mengendahkan seruan solat itu. Rata-rata mereka lebih suka menunggu Imam yang tampil dahulu, baru mereka bisa mengangkat punggung mereka. Mujurlah ada larangan menghisap rokok di masjid, kalau tidak? Fikirlah sendiri. Mungkin ketika Imam sedang tahiyat akhir, barulah kita terhegeh-hegeh nak mengangkat takbir. Bangkit waktu bila pun tuan-tuan, kita tetap melakukan rakaat yang sama, cuma apa yang membezakan ialah pahala kemuncak yang diperolehi ketika menunaikan solat itu.

Luruskan saf, rapatkan saf


Kemudian apabila makmum sudah berada di dalam saf mereka, barulah Imam akan tampil keluar untuk mengimamkan solat jemaah itu. Kemudian Imam akan menegur sekiranya saf itu tidak kemas atau lain-lain perkara. Imam ini diibaratkan sebagai "Perdana Menteri" di dalam masjid. Jadi kita sebagai makmum perlulah hadir dulu, berbaris di saf, kemudian barulah Imam akan melakukan tugasnya.

Begitulah juga situasinya ketika ceramah Perdana Menteri. Adakah Perdana Menteri itu berucap dulu setengah jam, kemudian baru rakyat berpusu-pusu nak masuk dewan, atau rakyat itu sendiri tunggu lebih awal, sebelum majlis itu bermula? Fikir-fikirkanlah. 

Apa yang cuba saya ulaskan dalam artikel kali ini ialah tentang perkara-perkara yang paling afdal dalam solat, yang kita tidak boleh sia-siakan. Seperti Ustaz Jafri sebut, solat itu tetap sah. Tetapi kita sendiri yang akan rugi kerana tidak mendapat pahala kemuncak itu. Ini baru bab Iqamah. Belum masuk lagi perkara yang lain. Wallahualam.


Subhanallah. Indahnya solat berjemaah


Sekian dahulu dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit, Untuk Saham Akhirat!

16 September 2014

Hari Di Mana Manusia Dibangkitkan ! - Ketahui Bagaimana Huru-Haranya Pada Hari Kiamat

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Allah S.W.T telah menciptakan Lauhul Mahfudh yang terbuat dari intan putih, panjangnya antara langit dan bumi kali tujuh. Allah lalu menggantungkan Lauhul Mahfudh di Arasy. Di dalam Lauhul Mahfudh itu terdapat catatan segala peristiwa yang dilakukan oleh seluruh mahkluk Allah sehingga Hari Kiamat.

Malaikat Israfil memiliki 4 sayap. Satu sayap ada di Timur, satu sayap ada di Barat, satu sayap menutupi dirinya, dan sayap yang keempat pula menutupi kepalanya. Malaikat Israfil berwajah kuning pucat, kerana rasa takutnya kepada Allah, ia selalu menundukkan kepalanya, juga selalu memandang ke arah Arasy.


Tahun 2014. Bumi semakin tenat. Menghitung hari untuk tibanya Hari Pembalasan. Apakah kita sudah bersedia untuk menghadapai hari tersebut? Tepuk dada tanya IMAN. Subhanallah

Ketika Allah menetapkan sesuatu di Lauhul Mahfudh, Allah telah membuka hijab wajah Israfil, sehingga ia dapat mengetahui apa yang ditetapkan oleh Allah, baik yang mengangkut masalah hukum atau perintah. Tidak ada malaikat yang lebih dekat tempatnya dengan Arasy, kecuali malaikat Israfil. Adapun jarak di antara malaikat Israfil dengan Arasy itu adalah 7 tabir, sedangkan jarak setiap tabir itu kira-kira 500 tahun perjalanan. Padahal jarak diantara tempat Jibril dan Israfil itu adalah 70 tabir! Subhanallah

Sangkakala (terompet) telah diletakkan di atas pehanya yang kanan, hujung sangkakala itu berada di mulutnya. Israfil hanya tinggal menunggu perintah Allah dan apabila datangnya perintah tersebut, ia tinggal meniup sangkakala itu. Tatkala sudah habis usia dunia, sangkakala itu didekatkan ke wajah Israfil, lalu ia mengumpulkan 4 sayapnya, kemudian meniup sangkakala. Israfil akan meniup dengan 3 kali tiupan iaitu MENGEJUTKAN, MEMATIKAN, dan MEMBANGKITKAN.

Baca dan lihat penemuan saintis NASA mengenai sangkakala Israfil dan bentuk alam semesta DISINI.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Allah menciptakan sangkakala itu mempunyai 4 cabang. Diantara cabangnya ada di barat, di timur, satu cabang di bumi ketujuh paling bawah, dan satu cabang lagi berada di atas langit ketujuh yang paling atas."

Firman Allah, dalam Surah Az-Zumar, Ayat 68: Mari baca sama-sama



Maksudnya: Dan tiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah (iaitu Jibril, Mikail, Israfil, Izrail, dan Iblis).

Khudaifah pernah bertanya kepada, "Ya Rasulullah S.A.W bagaimana keadaan para mahkluk ketika sangkakala ditiup?" Baginda menjawab, "Wahai Khudaifah, Demi Dzat yang menjadikan diriku dalam kekuasaanNya, ketika sangkakala ditiup, maka terjadilah kiamat. Seseorang yang mengangkat sesuap makanan ke mulutnya, belum sampai makanan itu ke mulutnya, kiamat sudah terjadi. Kendi yang sudah berada di mulut seseorang yang hendak meminumnya, sebelum sempat air kendi itu diminum, kiamat sudah terjadi."


Gambar hiasan. Hari Kiamat pasti lebih dahsyat daripada gambaran ini. 

Wallahualam. Sekian dahulu dari saya. Jika ada penambahan, sila komen di bawah ya. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu, Untuk Saham Akhirat!

15 September 2014

Tiupan Sangakala Yang Mengejutkan!

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Ketika sangkakala ditiup, maka terkejutlah seluruh penduduk langit dan bumi, kecuali yang dikehendaki Oleh Allah S.W.T. Gunung-ganang pun bergerak dengan gerakan yang hebat, langit bergoncang dengan begitu dahsyat, bumi ini juga turut bergempa dengan gempa yang menghancurkan. Bumi terombang-ambing bagaikan perahu yang sedang dibadai ombak di tengah samudera. Wanita-wanita yang hamil melahirkan kandungannya. Bintang-bintang di langit gugur berjatuhan menimpa para syaitan, matahari pula digerhanakan, langit pun terpecah-pecah di atas kepala seluruh makhluk. Pada saat itu manusia tidak sedarkan diri, mereka dalam keadaan lupa.

Gambar diatas ialah penemuan ilmuwan NASA tentang bentuk sebenar alam semesta ini. Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP) adalah alat yang digunakan dalam program atau misi NASA untuk melihat Kosmologi (kajian tentang sifat alam semesta) secara keseluruhan. Objektif projek ini adalah untuk melakukan observasi terhadap alam semesta untuk menemukan bentuk sebenarnya. Hasil dari kajian mereka menggunakan WMAP itu, mereka telah merumuskan kesimpulan yang sangat memeranjatkan, kerana hasil dari penelitian tersebut telah menemukan bahawa alam semesta ini berbentuk seperti sebuah terompet gergasi! Wallahualam..


Peristiwa ini telah dijelaskan Allah S.W.T dalam firmanNya dalam Surah Al-Hajj, Ayat 1 dan 2; Mari kita baca bersama-sama. Bismillahirahmanirahim..



MaksudnyaWahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.

Maksudnya:Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.

Kemudian Allah memerintahkan kepada Israfil agar meniup sangkakala kedua iaitu membinasakan. Israfil pun meniup sangkakala itu, seraya berkata, "Wahai roh-roh yang telanjang, keluarlah dengan perintah Allah." Akhirnya binasalah seluruh makhluk Allah, baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi, kecuali makhluk yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.

Setelah itu, Izrail memanggil para malaikat agar membuka seluruh pintu neraka, maka turunlah Malaikat Maut dengan terbuka pintu neraka. Turunnya Malaikat Maut itu dengan bentuk yang sebenarnya. Dan jikalau penduduk langit dan bumi yang ketujuh ini melihat akan bentuk Malaikat Maut ini, pasti mereka akan mati ketakutan.

Lalu datanglah Izrail kepada Iblis yang lansung memegangnya dengan pegangan yang kuat, maka Iblis merintih dengan suara rintihan yang sangat mengerikan. Dan kalau sekiranya penduduk bumi dan langit mendengar suara rintihan Iblis ini, pasti mereka akan binasa yang disebabkan oleh ngerinya dan sangat menakutkan suara rintihan itu.

Setelah itu, Malaikat Izrail berkata, "Wahai makhluk yang kotor, pasti akan aku rasakan kepadamu kematian pada hari ini. Berapa banyak umur yang engkau perolehi? Berapa banyak golongan yang telah engkau sesatkan?"

Perawi hadis berkata, Iblis berlari ke arah timur, tiba-tiba malaikat sudah ada di dekatnya, ia lalu berlari ke arah barat, disana tiba-tiba sudah ada malaikat, kemana pun Iblis berlari selalu dihadang oleh malaikat. Akhirnya Iblis berdiri tepat ditengah-tengah dunia, berhampiran kubur Nabi Adam a.s lalu berkata, "Wahai Nabi Adam, sebab dirimu aku menjadi makhluk yang direjam dan dikutuk, serta ditolak." Iblis berkata lagi, "Wahai Malaikat Maut, dengan gelas mana kamu akan memberi minuman kepadaku? Dengan seksaan apa kamu akan mencabut rohku?" 

Malaikat Maut menjawab, "Aku akan memberimu minuman dari minuman neraka Ladza dan neraka Sa'ir."

Lalu Iblis jatuh di atas tanah dengan penuh ketakutan, ketika sampai di suatu tempat di mana Iblis waktu itu diturunkan. Malaikat Zabaniyah lansung menikam Iblis dengan beberapa tombak. Malaikat Zabaniyah terus mencengkeram Iblis dengan memberikan beberapa tikaman. Pada akhirnya Iblis tetap dalam keadaan nazak dan sakaratul maut. Suatu bentuk seksaan yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Subhanallah.

Sedar atau tidak, bahawa kita adalah umat yang berada di Fasa 4. Hanya mereka yang mempunyai kekuatan iman dan ketaqwaan sahaja yang mampu mengharungi Fasa "Fitnah Dajjal" ini dengan selamat!

Wallahualam. Sekian dahulu dari saya. Segala yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan segala yang buruk itu dari saya sendiri.

Assalamualaikum w.b.t

Ilmu Bukan Untuk Disimpan, Ilmu Untuk Disebarkan!

14 September 2014

Kisah Iblis Dengan Ahli Neraka

Assalamualiakum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka disitu telah disediakan sebuah mimbar dari api, dan mereka itu dipakaikan pakaian dari api, bermahkotakan dari api dan diikat akan Iblis itu dengan tali dari api.

Kemudian diperintahkan kepada Iblis laknatullah, "Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka." Setelah Iblis menerima arahan, maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata, "Wahai penghuni neraka." Semua orang yang berada di dalam neraka mendengar ucapannya dan memandang kepada ketua mereka itu iaitu Iblis.

Kata Iblis, "Wahai orang-orang kafir dan orang-orang munafik, sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati, dan akan dihalau, dan akan dihisab, dan akan menjadi dua kumpulan, iaitu satu kumpulan ke syurga dan satu lagi ke neraka Sa'ir."

Berkata Iblis lagi, "Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia, bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua, akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat kau, mencaci aku, sebaliknya kamu sendirilah yang lebih berhak  mengumpat daripada aku yang mengumpat."


Gambar hiasan. Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya adalah manusia dan batu berhala. Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya. Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahriim 6)


Berkata Iblis lagi, "Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah S.W.T, sedangkan Dia, Allah yang menciptakan segala sesuatu?" Akhirnya Iblis menutup kata-katanya, "Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari ini, aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari kehariban Tuhan sekalian alam."

Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata Iblis itu, maka mereka melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniyah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah. Dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.

Malaikat Zabaniyah berkata, "Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan! Kamu kekal di dalam ini buat selama-lamanya!!"



Perkara yang paling kita takut! Bila-bila masa sahaja IMAN kita boleh berubah, jika kita tidak berpegang teguh kepada dua perkara yakni, Al-Quran dan Sunnah. Tepuk dada tanya Iman.


Wallahualam. Segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datang dari saya sendiri. Sekian dahulu dari saya. Assalamualaikum w.b.t.

Sumber : Himpunan Kisah-Kisah Teladan, Syarikat Nurulhas 

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat!

13 September 2014

6 Cara Syaitan Menggoda Manusia (Eksklusif)

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Entry saya pada kali ini adalah berkenaan tentang "Cara-Cara Syaitan Menggoda Manusia". Jadi persolannya, bagaimanakah para syaitan ini beroperasi? Bagaimana mereka menghasut para manusia dan apakah mereka juga mempunyai modus operandi seperti kita dalam menyebarkan dakwah? Jadi saya memohon agar pihak pembaca dapat meluangkan sedikit masa untuk mengetahui tentang teknik-teknik godaan yang dilakukan oleh syaitan laknatullah ini. 



Gambar Hiasan. Katakan tidak kepada Nafsu dan Syaitan!


Syaitan sering menggunakan jalan, tahap demi tahap (step by step) dalam menjerumuskan dan menyesatkan manusia, sama ada dalam bidang dakwah mahupun aktiviti yang ditempuh untuk menuju ke arahnya. Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah telah menyebutkan 6 tahap (steps) yang digunakan oleh para syaitan ini untuk menyesatkan manusia. Apabila tahap pertama tidak berjaya, maka para syaitan ini akan meneruskan dengan tahap yang kedua dan seterusnya, sehinggalah manusia ini menjadi leka dan tertewas dengan godaan syaitan. Tahap-tahap itu adalah seperti berikut;

1. Kufur dan Syirik
  • Syaitan sentiasa berusaha untuk menjadikan manusia itu kafir atau menyekutukan Allah, tetapi apabila orang itu seorang Muslim yang kuat ibadahnya, maka syaitan akan memulakan langkah ke tahap berikutnya, iaitu;

2. Bida'ah
  • Syaitan berusaha menjerumuskan manusia agar ia menjadi seorang mubtadi' (ahli bidaah) dan mengamalkannya, namun apabila orang itu adalah seorang yang berpegang teguh kepada sunnah, maka syaitan tetap tidak berputus asa. Maka syaitan akan memulakan langkah ke tahap seterusnya, iaitu;

3. Dosa-dosa besar
  • Pada tahap ini, syaitan berusaha menggoda manusia agar ia melakukan dosa-dosa besar, namun apabila lelaki itu telah dijaga oleh Allah dari perbuatan itu, maka syaitan pun tidak berputus asa.

4. Dosa-dosa kecil
  • Godaan pada tahap ini adalah agar seseorang Muslim terjebak dalam dosa-dosa kecil, tetapi apabila Allah juga menjaganya daripada perbuatan itu, maka syaitan tetap berusaha untuk mencari jalan lain.

5. Sibuk dengan Perkara Mubah
  • Taktik syaitan pada peringkat ini adalah membuat manusia sibuk dengan perkara-perkara mubah (yang dibolehkan) sehingga banyak waktu mereka disia-siakan, hingga mereka tidak sempat untuk menyibukkan diri dalam perkara-perkara yang lebih penting.

6. Sibuk Dengan Amalan Utama
  • Ini adalah taktik syaitan yang paling berbisa dan paling berkesan dilakukan terhadap kita semua. Apakah yang dimaksudkan dengan amalan utama? Baiklah, taktik ini adalah "level" terendah dari godaan syaitan pada manusia, iaitu membuat orang sibuk dengan perkara-perkara utama daripada sibuk dengan perkara-perkara yang LEBIH utama. Atau melakukan perbuatan yang baik tertentu daripada melakukan perbuatan yang LEBIH baik. Contohnya, ramai di kalangan kita sibuk dengan amalan sunnah namun kita lalai dengan amalan wajib, atau lebih teruk meninggalkan terus yang wajib itu. Subhanallah. 
  • Sedar tidak sedar, akibat leka dengan taktik syaitan yang No.6 ini, tidak mustahil kita boleh terperangkap dengan perangkap syaitan yang No.1 itu, iaitu Kufur dan Syirik! Naudzubillah Min Dzalik.

Firman Allah tentang tipu daya syaitan di dalam surah Faatir Ayat 6; Mari baca bersama-sama.

MaksudnyaSesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu. Maka jadikanlah ia musuh yang mesti dijauhi tipu dayanya. Sebenarnya ia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.


Contoh-contoh syirik kecil.


Perlu tahu bahawa, syaitan itu menggoda manusia menggunakan cara yang sesuai. Jika kita ada cara berdakwah kita, mereka juga ada cara mereka sendiri, iaitu;

  • Menggoda orang zuhud dengan cara zuhud
  • Menggoda orang pandai melalui pintu ilmu
  • Demikian juga menggoda orang jahil melalui pintu kejahilannya.

Berwaspada dengan perangkap syaitan.



Wallahualam. Semoga kita diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T untuk menepis segala godaan syaitan laknatullah.

Sekian dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat!

12 September 2014

Kisah Asal Usul Api Di Dunia

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Apakah asal usul api di dunia ini?

Di dalam hadis diceritakan bahawa Jibril A.S telah datang kepada Rasulullah S.A.W lalu baginda bertanya kepada Jibril a.s; "Wahai Jibril, terangkanlah kepadaku sifat neraka itu." Kemudian Jibril menjawab, "Allah telah menciptakan neraka, apinya sudah dinyalakan 1000 tahun yang lalu, sehingga neraka itu menjadi hitam. Hitamnya neraka itu seperti malam yang gelap, apinya tidak pernah padam, juga terus menjilat-jilat, bara api neraka selamanya tidak akan padam."

Neraka Jahannam itu mempunyai beberapa ular yang besarnya seperti leher unta, juga terdapat kala jengking yang besarnya seperti keldai sehingga penghuni neraka berlari ketakutan. Ular-ular itu menggigit setiap bibir ahli neraka untuk dikelupaskan kulit mereka. Tidak ada seorang ahli neraka pun yang bisa selamat dari seksaan itu, kecuali mereka lari ke neraka lain.




Gambar sekadar hiasan. Spesis ular yang terbesar di dunia bukanlah dari spesis Anaconda, tetapi dari spesis Titanoboa! Subhanallah.



Abdullah bin Abbas meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Di dalam neraka itu terdapat ular-ular yang besarnya seperti leher unta. Jika ular itu menggigit salah seorang dari ahli neraka itu dengan sekali gigitan, maka rasa sakitnya itu dapat dirasakan sehingga 40 tahun lamanya."

Ibnu Mas'ud meriwayatkan, "Api di dunia ini hanyalah satu juz daripada 70 juz api neraka. Ketika Allah mengutuskan Jibril pergi ke tempat malaikat yang menjaga neraka untuk meminta api supaya dapat digunakan oleh Nabi Adam A.S, sehingga Nabi Adam dapat memasak menggunakan api tersebut. Malaikat Malik kemudian bertanya kepada Jibril, "Wahai Jibril, berapa banyak yang kamu hendak dari api ini?" Jibril menjawab, "Kira-kira sebesar kurma."

Malaikat Malik Kemudian berkata, "Wahai Jibril, jika aku memberimu api sebesar kurma, maka pasti akan hancur tujuh langit dan bumi akibat dari panasnya api neraka.". Lalu Jibril berkata, "Kira-kira sebesar biji kurma." Malaikat Malik berkata, "Kalau aku memberikan menurut apa yang kamu hendaki (sebesar biji kurma), maka tidak akan turun dari langit setitis air, juga tidak akan tumbuh dari dalam bumi beberapa tumbuh-tumbuhan."



Perbandingan saiz di antara kurma dan biji kurma. 


Kemudian Jibril melaporkan kepada Allah, "Wahai Tuhanku, berapa yang harus aku ambil dari api neraka itu?" Allah berfirman, "Ambillah kira-kira sebesar semut kecil. Kemudian Jibril mengambil api neraka itu kira-kira sebesar semut kecil. Kemudian api neraka tadi yang sebesar semut kecil itu, dibenamkan ke dalam lautan sebanyak 70 kali. Kemudian Jibril datang membawa api itu dan diletakkan di atas gunung yang tinggi, maka gunung itu menjadi hancur.

Kemudian Jibril mengembalikan api tadi ke tempatnya, iaitu neraka, sedangkan asapnya yang masih tertinggal di beberapa batu dan besi ditinggalkan, sehingga hari ini. Maka api yang ada sekarang ini adalah daripada api neraka yang sebesar semut itu. Oleh itu ambillah keterangan ini sebagai satu pengajaran kepada diri kita semua. Allahuarkabar!


Kemudian api neraka tadi yang sebesar semut kecil itu, dibenamkan ke dalam lautan sebanyak 70 kali. Kemudian Jibril datang membawa api itu dan diletakkan di atas gunung yang tinggi, maka gunung itu menjadi hancur.



Sekian dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Sumber: Himpunan Kisah-Kish Teladan, Syarikat Nurulhas. 

Sebarkan Ilmu, Untuk Saham Akhirat !

11 September 2014

Kisah Manusia Menjadi Kera

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Memandangkan esok adalah Hari Jumaat, yakni penghulu segala hari, jadi saya ingin berkongsi serba sedikit tentang kisah yang sangat-sangat menarik untuk dibaca. Dan sama-samalah kita mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Insyaallah..

Pada zaman dahulu kebanyakan dari umat Nabi Musa A.S bekerja sebagai nelayan. Allah Yang Maha Pengasih telah memperlihatkan kemurahan-Nya dengan memberikan rezeki yang cukup kepada umat Nabi Musa A.S, iaitu berupa ikan yang sangat banyak.



Gambar Hiasan. Siapa yang tak seronok dapat ikan banyak macam ini tak. Hehehe. Subhanallah. Allah itu Maha Pemurah.


Sebenarnya disebalik kurniaan rezeki yang banyak itu, Allah hanya ingin menguji keimanan mereka. Pada zaman itu hari Sabtu merupakan hari cuti bagi umat Nabi Musa A.S, maka pada hari itu itulah mereka keluar beramai-ramai pergi ke laut untuk untuk menangkap ikan. Dan pada hari itu juga keluarlah ikan-ikan yang lebih besar daripada yang biasa. Akan tetapi jika mereka pergi ke laut pada hari lain, tidak pula bertemu ikan sebanyak itu dan sebesar itu.

Pada masa itu, hari Sabtu samalah mulianya dengan hari Jumaat pada zaman sekarang (Umat Nabi Muhammad S.AW), di mana umat Islam semuanya diwajibkan beribadat kepada Allah. Begitulah juga dengan umat Nabi Musa A.S ketika itu,mereka juga diwajibkan beribadat kepada Allah pada setiap Sabtu.


Tinggalkan segala urusan dunia dan tunaikanlah kewajipan kita sebagai hamba Allah S.W.T. Rasulullah saw bersabda, “Apabila tiba hari Jumaat, maka di setiap pintu masjid terdapat para malaikat yang menulis amalan manusia sesuai jarak rumah-rumah mereka. Siapa yang datang lebih awal, maka ditulis di awal. Lalu apabila imam berkhutbah, para malaikat menutup bukunya dan mereka mendengarkan khutbah.


Melihat keadaan banyaknya ikan di laut pada hari Sabtu, maka mereka berlumba-lumba ke laut untuk menangkap ikan meskipun Nabi Musa A.S telah melarang mereka daripada berbuat demikian. Mereka sengaja melupakan kewajipan yang lebih utama terhadap Allah S.W.T. Begitulah seterusnya pada setiap Hari Sabtu, mereka akan keluar beramai-ramai melihat ikan yang masuk ke dalam perangkap mereka. Oleh kerana mereka begitu asyik melihat ikan-ikan besar memasuki perangkap mereka, maka mereka pun tidak mementingkan lansung kewajipan mereka terhadap Allah S.W.T.

Akhirnya Allah S.W.T telah menyumpahi mereka semua menjadi kera. Hal ini ada disebut di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 65-66; Mari kita baca bersama-sama.




Maksudnya: Sesungguhnya telah Kami ketahui di antara orang-orang yang melanggar peraturan pada hari Sabtu. Berkata Kami, jadilah kamu kera selama-lamanya. - Ayat 65

MaksudnyaMaka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. - Ayat 66

Maka jadilah mereka yang ingkar itu sedemikian supaya menjadi pengajaran kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. Dalam ayat 66 ini telah ditujukan kepada kita supaya tidak menggunakan hari yang telah ditetapkan kepada kita, iaitu hari Jumaat untuk mencari keuntungan sehingga mengabaikan perintah Allah S.W.T.

PERSOALANNYA, adakah kita hari ini, umat Nabi Muhammad, punyai sifat yang sama dengan umat Nabi Musa yang lalu? Tepuk dada tanya IMAN..

Gambar sekadar hiasan sahaja. 

Bahawasanya Rasulullah S.A.W telah melarang dari melagukan sya’ir di masjid, berjual-beli, dan membuat halaqah (bersembang hal dunia) pada hari Juma’at sebelum solat. Sabda Rasulullah S.A.W, “Jika kamu melihat orang berjual-beli di masjid, maka katakanlah kepada mereka, “Semoga Allah tidak memberi keuntungan di atas perniagaan kamu.” Dan apabila kamu melihat orang membuat pengumuman barang hilang di dalam masjid, maka katakanlah, “Semoga Allah tidak mengembalikannya kepada kamu." Wallahualam. Rasulullah meninggalkan kita dengan dua perkara iaitu, Al-Quran dan Sunnah. Jadi, berpeganglah kepada yang dua ini.

P.S: Para ulama telah bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)


Dan janganlah pula kita menjadi "Friday Man" yang hanya mengerjakan sembahyang seminggu sekali, atau pun "Yearly Man" yang mengerjakan sembahyang setahun sekali.

  • Sekian dahulu dari saya. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk datang dari saya. Kita akhiri pembacaan ini dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.
  • Jika ada sebarang penambahan atau teguran, sila komen di bawah. Sekian Terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t

Sumber : Himpunan Kisah-Kisah Teladan, Syarikat Nurulhas

Sebarkan Ilmu, Untuk Saham Akhirat! Allahuakbar!!

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat

Datang Lagi Ya..Assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger