Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Klik! Sebagai tanda SOKONGAN!

Jobdirumah

7 September 2014

Azab Bagi Mengabaikan Mandi Junub

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.

Setelah dikapankan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengebumiannya. Semasa jenazah itu sampai ke tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahadnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya.

Kemudian kaum kerabatnya dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahadnya tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka terperanjat apabila melihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu.

Apabila melihat binatang berkenaan, semua jemaah yang turut menghantar jenazah lelaki tersebut ke perkuburan terperanjat dan tercengang. Selama ini tidak pernah berlaku kejadian seekor binatang sudah menunggu di dalam liang lahad ketika mayat hendak dikebumikan di perkampungan mereka.

Beberapa orang dari kaum kerabat si mati itu cuba menghalau binatang tersebut dari liang lahad itu, tetapi binatang itu tetap memakukan dirinya di dalam kubur itu. Rupa binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya oleh orang-orang yang cuba untuk menghalaunya keluar dari lubang yang siap ternganga itu.



Gambar Hiasan.


Namun binatang itu tetap berdegil, terus bertahan di dalam lubang kubur itu. Akhirnya kaum kerabat si mati terpaksa mengambil keputusan untuk menggali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah lelaki tersebut dari disemadikan bersama binatang ganjil itu.

Setelah siap digali dan ketika keranda mayat hendak diturunkan, para jemaah yang menghantar tersebut sekali lagi terkejut apabila melihat binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam liang lahad itu. Kehadiran binatang itu benar-benar menghairankan dan menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka. Sekali lagi mereka cuba mengusir binatang itu tetapi tidak membuahkan hasil. Akhirnya mereka mengambil keputusan muktamad, untuk mengebumikan juga jasad si mati itu bersama-sama binatang ganjil itu.

Sebaik sahaja tanah ditimbus menutupi liang lahad itu, para jemaah yang ada di sekitar itu menjadi lebih terkejut. Lebih terkejut dari yang sebelum ini. Mereka terkejut kerana mendengar bunyi seakan-akan daging dan tulang jasad yang mati itu sedang dicakar dan dipatahkan oleh seekor binatang yang buas, bunyinya masyaallah, sangat mengerikan dan menakutkan sehingga mereka yang ada di sekitar itu menggeletar ketakutan.



Gambar Hiasan.


Kejadian yang berlaku itu sememangnya menimbulkan tanda tanya dikalangan mereka yang hadir di tanah perkuburan itu. Lalu seorang lelaki alim tampil menemui isteri kepada si mati dan bertanya tentang sesuatu amalan buruk yang mungkin pernah dilakukan oleh suami wanita itu.

Lalu wanita itu memberitahu, bahawa suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi di sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah mensucikan dirinya dengan melakukan mandi junub setiap kali mereka melakukan persetubuhan. Wallahualam.






Oleh itu, saudara dan saudari sekalian, mandi junub adalah ibadah yang WAJIB. Ia adalah perkara fardhu ain yang setiap muslim wajib lakukan untuk mensucikan diri daripada hadas besar. Ia bukanlah fardhu kifayah yang mana boleh mewakilkan orang lain untuk melakukannya untuk kita. Subhanallah. Jadi pengajarannya, kita perlulah belajar cara-cara mandi wajib itu. Sebaik-baiknya kita melakukan mandi wajib itu mengikut sunnah Rasulullah supaya ibadah yang dilakukan itu lebih cantik dan insyaallah sempurna.

Sekian dari saya. Segala info ini adalah untuk peringatan kepada diri saya dan semua. Segala yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan segala yang buruk itu datang dari saya.

Assalamualaikum w.b.t

Sumber : Himpunan Kisah-Kisah Teladan, Syarikat Nurulhas.

Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit, Untuk Saham Akhirat !

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat

Datang Lagi Ya..Assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger