Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Klik! Sebagai tanda SOKONGAN!

Jobdirumah

5 September 2014

Cara Yang Paling Terbaik Untuk Mempengaruhi Manusia !

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Tahukah anda cara yang paling terbaik untuk mempengaruhi manusia? Sesungguhnya ia sangat mudah. Iaitu mendengar kata-kata mereka dengan diam dan memberi sepenuh perhatian, akan tetapi mampukah kita menjadikan diri kita ini seorang personaliti yang berpengaruh, hanya semata-mata dengan diam, mendengar dan memberi perhatian kepada apa yang dikatakan oleh orang lain?

Sebenarnya ia adalah perkara yang tidak mustahil kerana terdapat beberapa sebab mengapa kita perlu berdiam dan mendengar dengan baik akan apa yang dikatakan oleh orang-orang lain, tidak kira sama ada yang lebih tua daripada kita mahupun yang lebih muda.

Pertama, apabila kita mendengar, kita akan mempelajari sesuatu yang baru daripada apa yang mereka katakan, khasnya, jika percakapan/perbualan mereka adalah berkenaan bidang pekerjaannya atau tentang salah satu kemahiran yang dikuasinya. Dari situ kita sudah boleh mempelajari sesuatu yang baru. Sebab kedua, bahawasanya kebanyakan manusia suka kepada orang yang mendengar percakapan mereka. Contohnya, seperti guru yang sedang mengajar di dalam kelas, yang pastinya tidak suka apabila anak muridnya bercakap sewaktu sesi pembelajaran. Sebab ketiga, kebanyakan manusia akan mudah terpengaruh apabila ada orang yang sudi mendengar masalah atau luahannya dengan baik.

Manusia sejak dahulu mempercayai bahawa diam sambil mendengar itu adalah perkara yang negatif. Akan tetapi akhirnya mereka menyedari dan mengakui akan nilai mendengar yang selamanya mengatasi nilai bercakap sehingga mereka membuat perumpamaan, "Jika bercakap adalah perak, maka diam itu adalah emas".


Tips untuk menjadi pendengar yang baik. Sama-samalah kita praktikkan.


Pernahkah kita tertanya, mengapa Allah menciptakan satu mulut dan dua telinga? Jawapannya ialah supaya kita mendengar lebih banyak dari apa yang kita cakapkan. Jika kita bercakap dengan orang lain selama 5 minit, maka sekurang-kurangnya kita harus mendengar mereka selama 10 minit.

Terdapat beberapa perkara yang mesti kita tahu ketika bercakap dengan seseorang;

  • Kebanyakan manusia menyambut baik akan orang-orang yang suka mendengar luahan hati mereka.
  • Seseorang itu suka bercakap atau berkongsi masalah kepada orang yang suka mendengar.
  • Rahsia mempengaruhi manusia bukan sahaja terletak kepada kehebatan kita sewaktu berbicara, namun menjadi pendengar yang baik adalah faktor utama dalam mempengaruhi manusia.




Kebanyakan manusia tidak dapat membezakan antara diam dan sombong. Sesungguhnya ia adalah 2 perkara yang sangat berbeza.



Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim (Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 15)
Hadis ini memberitahu, bahawa seseorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara tentang perkara haram kerana dia akan dipersoalkan di hari qiamat nanti. Dia lebih baik berdiam daripada berkata buruk seperti mengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut.

Jadi persoalannya, mampukah kita menjadi seorang PENDENGAR yang baik?


Buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan dihati.

Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu, Untuk Saham Akhirat!

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat

Datang Lagi Ya..Assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger