Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Klik! Sebagai tanda SOKONGAN!

Jobdirumah

11 September 2014

Kisah Manusia Menjadi Kera

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Memandangkan esok adalah Hari Jumaat, yakni penghulu segala hari, jadi saya ingin berkongsi serba sedikit tentang kisah yang sangat-sangat menarik untuk dibaca. Dan sama-samalah kita mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Insyaallah..

Pada zaman dahulu kebanyakan dari umat Nabi Musa A.S bekerja sebagai nelayan. Allah Yang Maha Pengasih telah memperlihatkan kemurahan-Nya dengan memberikan rezeki yang cukup kepada umat Nabi Musa A.S, iaitu berupa ikan yang sangat banyak.



Gambar Hiasan. Siapa yang tak seronok dapat ikan banyak macam ini tak. Hehehe. Subhanallah. Allah itu Maha Pemurah.


Sebenarnya disebalik kurniaan rezeki yang banyak itu, Allah hanya ingin menguji keimanan mereka. Pada zaman itu hari Sabtu merupakan hari cuti bagi umat Nabi Musa A.S, maka pada hari itu itulah mereka keluar beramai-ramai pergi ke laut untuk untuk menangkap ikan. Dan pada hari itu juga keluarlah ikan-ikan yang lebih besar daripada yang biasa. Akan tetapi jika mereka pergi ke laut pada hari lain, tidak pula bertemu ikan sebanyak itu dan sebesar itu.

Pada masa itu, hari Sabtu samalah mulianya dengan hari Jumaat pada zaman sekarang (Umat Nabi Muhammad S.AW), di mana umat Islam semuanya diwajibkan beribadat kepada Allah. Begitulah juga dengan umat Nabi Musa A.S ketika itu,mereka juga diwajibkan beribadat kepada Allah pada setiap Sabtu.


Tinggalkan segala urusan dunia dan tunaikanlah kewajipan kita sebagai hamba Allah S.W.T. Rasulullah saw bersabda, “Apabila tiba hari Jumaat, maka di setiap pintu masjid terdapat para malaikat yang menulis amalan manusia sesuai jarak rumah-rumah mereka. Siapa yang datang lebih awal, maka ditulis di awal. Lalu apabila imam berkhutbah, para malaikat menutup bukunya dan mereka mendengarkan khutbah.


Melihat keadaan banyaknya ikan di laut pada hari Sabtu, maka mereka berlumba-lumba ke laut untuk menangkap ikan meskipun Nabi Musa A.S telah melarang mereka daripada berbuat demikian. Mereka sengaja melupakan kewajipan yang lebih utama terhadap Allah S.W.T. Begitulah seterusnya pada setiap Hari Sabtu, mereka akan keluar beramai-ramai melihat ikan yang masuk ke dalam perangkap mereka. Oleh kerana mereka begitu asyik melihat ikan-ikan besar memasuki perangkap mereka, maka mereka pun tidak mementingkan lansung kewajipan mereka terhadap Allah S.W.T.

Akhirnya Allah S.W.T telah menyumpahi mereka semua menjadi kera. Hal ini ada disebut di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 65-66; Mari kita baca bersama-sama.




Maksudnya: Sesungguhnya telah Kami ketahui di antara orang-orang yang melanggar peraturan pada hari Sabtu. Berkata Kami, jadilah kamu kera selama-lamanya. - Ayat 65

MaksudnyaMaka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. - Ayat 66

Maka jadilah mereka yang ingkar itu sedemikian supaya menjadi pengajaran kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. Dalam ayat 66 ini telah ditujukan kepada kita supaya tidak menggunakan hari yang telah ditetapkan kepada kita, iaitu hari Jumaat untuk mencari keuntungan sehingga mengabaikan perintah Allah S.W.T.

PERSOALANNYA, adakah kita hari ini, umat Nabi Muhammad, punyai sifat yang sama dengan umat Nabi Musa yang lalu? Tepuk dada tanya IMAN..

Gambar sekadar hiasan sahaja. 

Bahawasanya Rasulullah S.A.W telah melarang dari melagukan sya’ir di masjid, berjual-beli, dan membuat halaqah (bersembang hal dunia) pada hari Juma’at sebelum solat. Sabda Rasulullah S.A.W, “Jika kamu melihat orang berjual-beli di masjid, maka katakanlah kepada mereka, “Semoga Allah tidak memberi keuntungan di atas perniagaan kamu.” Dan apabila kamu melihat orang membuat pengumuman barang hilang di dalam masjid, maka katakanlah, “Semoga Allah tidak mengembalikannya kepada kamu." Wallahualam. Rasulullah meninggalkan kita dengan dua perkara iaitu, Al-Quran dan Sunnah. Jadi, berpeganglah kepada yang dua ini.

P.S: Para ulama telah bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)


Dan janganlah pula kita menjadi "Friday Man" yang hanya mengerjakan sembahyang seminggu sekali, atau pun "Yearly Man" yang mengerjakan sembahyang setahun sekali.

  • Sekian dahulu dari saya. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk datang dari saya. Kita akhiri pembacaan ini dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.
  • Jika ada sebarang penambahan atau teguran, sila komen di bawah. Sekian Terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t

Sumber : Himpunan Kisah-Kisah Teladan, Syarikat Nurulhas

Sebarkan Ilmu, Untuk Saham Akhirat! Allahuakbar!!

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat

Datang Lagi Ya..Assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger