Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Klik! Sebagai tanda SOKONGAN!

Jobdirumah

10 September 2014

Secebis Kisah Tentang Seksaan Di Hari Akhirat

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Walaupun hampir semua manusia yang dihidupkan semula pada hari akhirat nanti dalam keadaan telanjang bulat, namun ramai juga di antara insan-insan pilihan Allah itu, dihadiahkan dengan pakaian yang sempurna bagi menutup aurat mereka, yakni orang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T.

Manusia yang kafir serta orang-orang yang tidak beriman pada hari itu akan merasakan diri mereka terlalu hina kerana mendapati tubuh mereka tidak bersalut walau secebis kain pun! Subhanallah.

Orang-orang kafir itu juga akan mendapati tubuh dan sifat mereka itu berlainan dari sebelumnya dan begitu janggal sekali rupa paras mereka. Ini kerana pada hari itu, setiap satu daripada mereka akan bertukar menjadi hitam legam dan sangat hodoh sekali bentuknya. Nauzdubillah Min Dzalik.


Gambar hiasan. Mereka ini diusir berupa kera dan mereka itu adalah manusia yang suka mengadu domba. Terdapat 10 golongan manusia yang akan diusir dari Padang Mahsyar.


Tempoh masa di akhirat nanti tidak menentu. Ia bergantung pada setiap orang. Bagi orang-orang yang tidak beriman, mereka merasakan bahawa tempoh penyeksaan dan penantian pada hari akhirat itu sangat-sangat panjang lamanya. Pada hari itu, sesaat dirasakan bagai sehari dan sehari pula bagaikan setahun lamanya. Subhanallah.

Bagaimanapun, bagi orang-orang yang beriman yang mana semasa di dunia, sentiasa dipenuhi dengan amalan-amalan yang murni dan suci, mereka akan menghadapi hari akhirat itu dengan tenang dan tenteram sekali. Ada di antara mereka yang merasakan hari akhirat itu terlalu singkat, seperti berlalunya waktu Zohor menanti waktu Asar.

Terdapat 7 golongan manusia yang diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T di hari akhirat, yang akan kami kongsikan kelak. Insyaallah.

Diriwayatkan bahawa pada hari akhirat nanti, seluruh manusia dan sekalian mahkluk akan mendengar bagaimana teruk dan seksanya berbagai bentuk azab dan pembalasan yang dijatuhkan ke atas mereka yang derkaha kepada Allah S.W.T.

Setelah beberapa lama terdampar di suatu bumi yang aneh dan amat luar biasa, lalu seluruh manusia dan makhluk kemudiannya dihalau oleh para malaikat menuju ke Padang Mahsyar. Di padang inilah manusia dihimpunkan untuk menghadapi saat paling genting bila mana mereka akan dihisab tentang amalan-amalan baik dan juga amalan-amalan keji semasa hidup di dunia.


Gambar Hiasan. Pada hari itu, sesaat dirasakan bagai sehari dan sehari pula bagaikan setahun lamanya.


Setiap dari hamba Allah itu akan ditanya tentang 4 perkara utama, iaitu;
  • Bagaimana umur mereka semasa hidup di dunia dulu dihabiskan? Sama ada dihabiskan dengan mengerjakan perkara-perkara baik atau sebaliknya.
  • Bagaimana tubuh badan mereka dan tenaga mereka digunakan semasa hidup di dunia dulu? Adakah untuk melakukan kebaikan atau maksiat.
  • Tentang ilmu mereka, apakah ia daripada ilmu yang baik atau ilmu yang jahat dan bagaimana pula ilmu itu diamalkan atau disebarkan?
  • Tentang harta yang mereka miliki semasa di dunia dulu. Apakah ia dari harta yang halal atau haram, dan apakah ia dibelanjakan ke arah kebaikan atau kejahatan?

Wallahualam..

7 kata-kata bijak dari Pahlawan Terulung Islam, 
Shalahuddin Al-Ayubi.


Sekian dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Sumber : Himpunan Kisah-Kisah Teladan, Syarikat Nurulhas

Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit..
Sebarkan Ilmu, Untuk Saham Akhirat!

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat

Datang Lagi Ya..Assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger