Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Klik! Sebagai tanda SOKONGAN!

Jobdirumah

8 September 2014

Kisah Asal Usul Hajar Aswad

Assalamualaikum w.b.t - Bismilahirahmanirahim

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahhim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia".

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu si sebuah bukit, tiba-tiba datang Malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, baginda menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kau dapat batu ini?" Nabi Ismail menjawab, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibrail)."


Hajar al Aswad

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti dengan Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang hajar aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium hajar aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium hajar aswad itu, yang tidak mencium cukup lah dengan memberikan isyarat lambaian sahaja. 

Ada riwayat mengatakan bahawa dulunya batu hajar aswad itu putih bersih tetapi, akibat dari dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti yang terdapat sekarang. Wallahualam.

Apabila manusia mencium batu itu maka, timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, hajar aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah disana, insyaallah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium hajar aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di tanah suci Mekah.



Semoga kita diberikan kesempatan dan keizinan dari Allah S.W.T agar mendapat peluang mencium Hajar al Aswad. Insyaallah. Amin.


Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (hajar aswad), "Aku tahu, sesungguhnya engkau (Hajar Aswad) hanyalah batu biasa sahaja. Seandainya aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukannya (mencium Hajar Aswad).



Suatu hari nanti..Insyaallah


Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat!

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat

Datang Lagi Ya..Assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger