Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Klik! Sebagai tanda SOKONGAN!

Jobdirumah

20 September 2014

Amalan Kecil Berpahala Besar - Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Subuh

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Solat sunat dua rakaat sebelum subuh adalah satu amalan kecil yang berpahala besar. Saidatina Aisyah r.a menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Dua rakaat fajar (solat sunat seblum subuh) adalah lebih baik daripada dunia dan isinya".

Menakjubkan! Pahala solat sunat sebelum Subuh adalah lebih baik daripada dunia dan isinya serta kekayaan dan kenikmatan yang ada dalamnya. Ia lebih baik daripada wanita yang cantik jelita, lelaki yang tampan mempersona, permata dan mutiara yang menyilaukan mata, takhta, serta jawatan atau pangkat yang direbut-rebut oleh para manusia sekalian.


Gambarajah tentang solat sunat qabliyah dan ba'diyah yang mudah untuk kita fahami



Sudah ternyata, mereka yang mengamalkan solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh, adalah manusia yang terkaya di dunia dan di sisi Allah S.W.T


Besar sungguh pahala solat sunat dua rakaat yang ringan dan kecil ini. Ia adalah ibadah yang ringan kerana Rasulullah s.a.w sering membaca Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua. Insyaallah semoga kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang menjaga dan mengamalkan solat sunat ini. Mari baca surah dibawah dan fahami maksudnya;



Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), "Hai orang-orang kafir! ". Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah Allah yang aku sembah. "Dan aku tidak akan beribadat cara kamu beribadat". "Dan kamu pula tidak mahu beribadat cara aku beribadat". "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".


Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), "Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa". "Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat". "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan". "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".



Sekian dahulu dari saya. Jika ingin membuat sebarang teguran atau penambahan, silalah komen dibawah supaya pihak kami dapat membuat penambahbaikan. Assalamualaikum w.b.t. Majulah Islam!

Baca artikel tentang SEJARAH PENCIPTAAN MANUSIA disini

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat!

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat

Datang Lagi Ya..Assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger