Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Klik! Sebagai tanda SOKONGAN!

Jobdirumah

20 August 2014

Niat Kerana Allah atau Sebaliknya ?

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


 بسم الله الرحمن الرحيم 



Ibadat VS Adat

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:


Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. 


Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : الأعمال إنما(بالنيةLقوله باب) hadis nombor 1908). 



Hadis Ini Adalah Salah Satu Hadis Utama Dalam lslam. 

Pokok perbincangan hadis :

  • Sebab keluarnya Hadis ini : Kisah Hijrah Ummu Qais. Diceritakan bahawa ada seorang sahabat yang bernama Hatib telah mencintai seorang gadis rupawan yang bergelar Ummi Qais.Sebagai kebiasaannya orang yang bercinta, Hatib berusaha agar si gadis itu dapat dimilikinya. Dia pun meminang Ummi Qais sewaktu mereka sama-sama berada di Makkah lagi, akan tetapi, oleh kerana kemalangan nasibnya, gadis itu telah menolak peminangan Hatib. Kemudian Ummi Qais pun berhijrahlah pula bersama-sama orang-orang Islam yang berhijrah ke Madinah.

Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Hatib, dia merasa amat berdukacita. Oleh kerana terlalu merindukan Ummi Qais, Hatib lalu mengambil keputusan untuk berhijrah menjejaki langkah Ummi Qais ke Madinah, dengan harapan agar dia dapat memikatnya dan memujuknya semula sewaktu di Madinah nanti. 


Jadi nyatalah sudah bahwa hijrahnya Hatib itu bukanlah semata-mata kerana tujuan asal berhijrah ke sana; iaitu untuk mencari tempat perlindungan bagi agamanya. Tetapi di sebalik itu, ada maksud yang lain yang lebih diutamakannya; iaitu moga-moga ia dapat menukar keputusan Ummi Qais yang lalu dan moga-moga Ummi Qais akan menerimanya pada kali ini, sebab hatinya sangat sayang dan mencintai Ummi Qais. Cerita hijrahnya Si Hatib sepenuhnya telah disampaikan kepada pengetahuan Rasulullah s.a.w. Oleh kerana itulah, maka Hadis ini telah disabdakan, iaitu:


"Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia (sebab-sebab keduniaan) yang ia ingin memperolehinya, ataupun kerana seorang perempuan yang ia ingin menikahinya maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya." [Bukhari & Muslim]       


Maksudnya: Tiadalah ia mendapat pahala apa pun dari hijrah yang telah ia lakukan itu. Sebab orang lain berhijrah membawa dirinya dan agamanya agar terselamat dan fitnah kekufuran yang mengancamnya di negeri Makkah, semata-mata kerana mentaati perintah Allah dan RasulNya. Akan tetapi maksud utama hijrah Hatib ada yang lain; iaitu keinginan hati untuk menawan Si gadis kecintaannya, sebab itu Rasulullah SAW telah mencelanya secara indirect (tidak langsung) dengan menyabdakan Hadis tersebut di atas tadi.
  • Kenapa niat penting :  Niat amat penting untuk membezakan antara IBADAT dengan ADAT. Niat juga adalah untuk mennentukan qasad amal yang kita lakukan itu, iaitu sesuatu perkerjaan/ibadah yang kita kerjakan itu, adakah untuk Allah atau selainnya. Contoh; Situasi ketika di masjid (solat jumaat) kita melihat jemaah di sebelah kita bersedekah RM 1 ke dalam tabung masjid. Kemudian kita pun terasa tercabar lalu mengeluarkan RM 5 untuk bersedekah juga. Adakah niat kita kerana Allah atau kerana ingin menunjuk-nunjuk. Wallahualam. 
  • Hukum melafazkan niat (jahr) - bid’ah mungkarah : Tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie : sunnat.haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat). 
  • Kesan niat baik pada perkara yang harus dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah (hak anak/isteri) jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak). 


Bagaimana dengan niat kita?



SUBHANALLAH     ALHAMDULILLAH     ALLAHUAKBAR  

  • Harapan saya agar pihak pembaca dapat menyebarkan info/maklumat yang ada di dalam blog ini kepada rakan yang lain. Sama-samalah kita berdakwah. Insyaallah.
  • Sekian dahulu dari saya. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk datang dari saya. Kita akhiri pembacaan ini dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.

SUBHAANAKALLAH HUMMA WABIHAMDIKA ASYHADUANLAILAHAILLA ANTA ASTAGHFIRUKA WAATUBUILAIK.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
(1) وَالعَصرِِ
(2) إِنَّ الإِنسٰنَ لَفى خُسرٍ
     (3) إِلَّا الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَتَواصَوا بِالحَقِّ وَتَواصَوا بِالصَّبرِ
 ِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat

Datang Lagi Ya..Assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger