Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Klik! Sebagai tanda SOKONGAN!

Jobdirumah

5 September 2014

Kisah Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu selalu membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu, sentiasa didahulukan dengan Bismillah. Suaminya pula tidak suka akan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata, "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu!"

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit itu ke dalam perigi di belakang rumahnya.



Gambar hiasan.


Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dan dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu. Dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahim". Ketika itu Allah S.W.T menghantar malaikat Jibrail a.s untuk mengembalikan beg itu dan menyerahkan duit itu di tempat asalnya agar perempuan itu dapat menyerahkannya kembali kepada suaminya.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga mengamalkan membaca Bismillah apabila hendak memulakan sesuatu pekerjaan. Wallahualam.  

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Adalah Jibril apabila datang kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiim.” (Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. )




Ya, Memang mudah untuk menyebutnya. Tapi berapa ramai je diantara kita yang mengamalkannya. Pesanan itu untuk diri saya dan juga para pembaca sekalian. Mudah-mudahan Allah memberikan keberkatan dan memudahkan di atas setiap pekerjaan yang kita lakukan. Insyaallah.  



Jadi, di manakah kedudukan kita?



Antara sifat-sifat munafik yang kita perlu tahu. Lihat semula diri kita. Adakah ciri-ciri tersebut ada pada diri kita. Naudzubillah Min Dzalik.


Assalamualaikum w.b.t

Cara Yang Paling Terbaik Untuk Mempengaruhi Manusia !

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Tahukah anda cara yang paling terbaik untuk mempengaruhi manusia? Sesungguhnya ia sangat mudah. Iaitu mendengar kata-kata mereka dengan diam dan memberi sepenuh perhatian, akan tetapi mampukah kita menjadikan diri kita ini seorang personaliti yang berpengaruh, hanya semata-mata dengan diam, mendengar dan memberi perhatian kepada apa yang dikatakan oleh orang lain?

Sebenarnya ia adalah perkara yang tidak mustahil kerana terdapat beberapa sebab mengapa kita perlu berdiam dan mendengar dengan baik akan apa yang dikatakan oleh orang-orang lain, tidak kira sama ada yang lebih tua daripada kita mahupun yang lebih muda.

Pertama, apabila kita mendengar, kita akan mempelajari sesuatu yang baru daripada apa yang mereka katakan, khasnya, jika percakapan/perbualan mereka adalah berkenaan bidang pekerjaannya atau tentang salah satu kemahiran yang dikuasinya. Dari situ kita sudah boleh mempelajari sesuatu yang baru. Sebab kedua, bahawasanya kebanyakan manusia suka kepada orang yang mendengar percakapan mereka. Contohnya, seperti guru yang sedang mengajar di dalam kelas, yang pastinya tidak suka apabila anak muridnya bercakap sewaktu sesi pembelajaran. Sebab ketiga, kebanyakan manusia akan mudah terpengaruh apabila ada orang yang sudi mendengar masalah atau luahannya dengan baik.

Manusia sejak dahulu mempercayai bahawa diam sambil mendengar itu adalah perkara yang negatif. Akan tetapi akhirnya mereka menyedari dan mengakui akan nilai mendengar yang selamanya mengatasi nilai bercakap sehingga mereka membuat perumpamaan, "Jika bercakap adalah perak, maka diam itu adalah emas".


Tips untuk menjadi pendengar yang baik. Sama-samalah kita praktikkan.


Pernahkah kita tertanya, mengapa Allah menciptakan satu mulut dan dua telinga? Jawapannya ialah supaya kita mendengar lebih banyak dari apa yang kita cakapkan. Jika kita bercakap dengan orang lain selama 5 minit, maka sekurang-kurangnya kita harus mendengar mereka selama 10 minit.

Terdapat beberapa perkara yang mesti kita tahu ketika bercakap dengan seseorang;

  • Kebanyakan manusia menyambut baik akan orang-orang yang suka mendengar luahan hati mereka.
  • Seseorang itu suka bercakap atau berkongsi masalah kepada orang yang suka mendengar.
  • Rahsia mempengaruhi manusia bukan sahaja terletak kepada kehebatan kita sewaktu berbicara, namun menjadi pendengar yang baik adalah faktor utama dalam mempengaruhi manusia.




Kebanyakan manusia tidak dapat membezakan antara diam dan sombong. Sesungguhnya ia adalah 2 perkara yang sangat berbeza.



Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim (Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 15)
Hadis ini memberitahu, bahawa seseorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara tentang perkara haram kerana dia akan dipersoalkan di hari qiamat nanti. Dia lebih baik berdiam daripada berkata buruk seperti mengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut.

Jadi persoalannya, mampukah kita menjadi seorang PENDENGAR yang baik?


Buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan dihati.

Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu, Untuk Saham Akhirat!

4 September 2014

Panggilan Bumi dan Kubur Yang Kita Tidak Sedar

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirahmanirahim

Dari Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w berkata; Bahawa Bumi setiap hari memanggil dengan 10 kalimat, iaitu;

  • Wahai anak Adam, engkau berjalan di atas punggungku dan engkau akan kembali ke dalam perutku.

  • Engkau bermaksiat di atas punggungku, maka engkau akan diseksa di dalam perutku.

  • Engkau tertawa di atas punggungku, maka engkau akan menangis di dalam perutku.
  • Engkau makan barang haram di atas punggungku, maka engkau akan dimakan ulat di dalam perutku.

  • Engkau bergembira di atas punggungku, maka engkau akan bersedih di dalam perutku.

  • Engkau mengumpul barang haram di atas punggungku, maka engkau akan hancur di dalam perutku.

  • Engkau berlaku sombong di atas punggungku, maka engkau akan terhina di dalam perutku.

  • Engkau berjalan dengan senang di atas punggungku, maka engkau akan jatuh susah di dalam perutku.

  • Engkau berjalan di bawah cahaya di atas punggungku, maka engkau akan duduk dalam gelapnya perutku

  • Engkau berjalan dengan orang banyak di atas punggungku, maka engkau akan duduk sendirian di dalam perutku.



Megah dengan kemewahan dunia yang sementara! Di sini kita akan kembali jua!



Di dalam Hadis lain, mengatakan bahawa kubur itu memanggil setiap hari dengan 5 panggilan, iaitu;

  • Aku adalah rumah orang sendirian, maka carilah teman yang setia untukmu dengan banyak membaca Al-Quran. Aku adalah rumah kegelapan, maka terangilah aku dengan solat malam.

  • Aku adalah rumah debu, maka bawahlah tikar dengan banyak beramal soleh.

  • Aku adalah rumah ular besar, maka bawalah penawarnya dengan membaca yang disertai mengalirkan air mata (kerana rasa takutnya kepada Allah)

  • Aku adalah rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka perbanyakkanlah di atas punggungku dengan membaca; supaya dirimu boleh menjawab pertanyaan dari Munkar dan Nakir.


Di dalam kubur tidak ada sesiapa yang akan membantu kita kecuali Sedekah, Ilmu yang bermanfaaat, dan Doa anak yang Soleh.



Subhanallah. Jesteru itu tuan-tuan dan puan-puan marilah kita mengambil iktibar dari apa yang disampaikan. Semoga selepas ini, sama-samalah kita memperbaiki diri masing-masing dengan memenuhi hari-hari kita dengan ibadah dan amal soleh. Insyaallah.

(Sumber: 30 Peristiwa Besar dari Alam Kubur, Abu Mustaqim Al-Qadli)

Assalamualaikum..


Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat

Datang Lagi Ya..Assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger