Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Klik! Sebagai tanda SOKONGAN!

Jobdirumah

9 September 2014

Kisah Rasulullah Menjadi Halimunan

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Pada suatu hari Rasulullah S.A.W mengumpulkan kaumnya dan baginda berkata, "Aku adalah utusan Allah kepada kamu sekalian untuk menyampaikan berita bahawa seksa Allah itu amat pedih, oleh itu selamatkan dirimu dan keluargamu dari api neraka Jahannam. Oleh itu hendaklah kamu semua menyembah Allah S.W.T."

Abu Lahab yang turut ada dalam perhimpunan itu sangat marah pada Rasulullah S.A.W dengan berkata, "Celaka kau hai Muhammad, untuk inikah kau menjemput kami ke sini?" Abu Lahab berkata lagi, "Tangkap Muhammad ini sebelum orang lain menangkapnya."


Mari mengenal salasilah keluarga Rasulullah


Kelakuan Abu Lahab sudah melampaui batas, tidak seperti kaum kerabat yang lain, mereka bersifat tenang dan sabar. Sehubungan dengan perbuatan Abu Lahab itu, lalu Allah S.W.T menurunkan Surah Al-Masad;



Mari membaca dan fahami maksudnya

  1. "Binasalah kedua tangan Abu Lahab sesungguhnya dia telah binasa."
  2. "Tidak ada faedah baginya akan harta bendanya dan segala perkara yang telah diusahakannya."
  3. "Dia akan dimasukkan ke dalam api neraka yang bernyala-nyala."
  4. "Dan begitu juga isterinya, sebagai pembawa kayu bakar."
  5. "Yang dilehernya terdapat tali dan ijuk."

Ayat ini tersebar ke seluruh kota Mekah, apabila berita ini sampai ke telinga Ummu Jamil (isteri Abu Lahab), dia melenting kemarahan kerana dia dan suaminya telah dihina oleh ayat tersebut. Bertambah marah Ummu Jamil apabila dirinya digelar Hammalatul Hatab (Pembawa kayu bakar).

Dengan membawa beberapa ketul batu Ummu Jamil pergi mencari Rasulullah S.A.W. Tetapi Allah Maha Kuasa, ketika itu juga Allah memadamkan pandangan Ummu Jamil terhadap Rasulullah S.A.W. Dia tidak dapat melihat Rasulullah malah dia hanya dapat melihat Abu Bakar sahaja dan dia menyangka Rasulullah telah menyelamatkan diri.

Gambar hiasan

Oleh kerana terlalu geram, Ummu Jamil terus menghampiri Abu Bakar dengan berkata, "Hai Abu Bakar, mana kawan kamu itu?" Abu Bakar tidak menjawab pertanyaan Ummu Jamil itu, tetapi beliau hanya mendiamkan diri sahaja. Ummu Jamil berkata lagi, "Aku dengar dia telah merendah-rendahkan aku dan suamiku dengan kata-katanya. Awas, kalau aku jumpa dia, akan aku baling dengan batu-batu ini." Abu Bakar hanya berdiam diri, sementara wanita yang separuh gila itu memaki hamun baginda Rasulullah. Ummu Jamil bersyair bagaikan orang gila:

  • "Hai, dia (Muhammad) marah, disebabkan dia (Abu Lahab) tidak mengikut cakap dia." 
  • "Dia marah, kerana kita tolak ajakannya."
  • "Kita abaikan ajakannya dan ajarannya kita tidak akan terima"

Setelah puas Ummu Jamil memaki hamun dan bersyair, akhirnya dia pun pulang. Dia sentiasa membawa beberapa ketul batu di tangan dengan tujuan, kalau-kalau dia bertemu Rasulullah, dia akan melemparkannya. Setelah Ummu Jamil meninggalkan tempat tersebut, Abu Bakar pun bertanya kepada Rasulullah S.A.W, yang dari tadi sedang duduk di hadapannya, "Ya Rasulullah, bukankah wanita itu melihat tuan?"

Rasulullah menjawab, "Tidak, wanita itu tidak dapat melihatku kerana Allah telah memadamkan penglihatannya daripada melihatku."

Sekian dari saya, Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat.

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat

Datang Lagi Ya..Assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger